Tuesday, March 31, 2009

Wrong Entry!


Sepatutnya post title Internet Explorer vs Mozilla Firefox dalam blog ::: All About My Kids ::: tu di tulis dalam blog ni... tapi tersalah create posting lar pulak! Hehehe! tak apa lar. Tak perasan lar pulak masa nak create posting tu tadi!

Internet Explorer vs Mozilla Firefox


Which one do you prefer for your default browser? Internet Explorer? Mozilla Firefox?

All these while I prefer to use Internet Explorer. But... ever since I berjinak2 dengan dunia blog ni, citarasa tu bertukar plak ke Mozilla Firefox. Reason being..... the webpage is best viewed with Mozilla Firefox. The widgets are nicely placed kat tempat yang sepatutnya.... certain fonts and size pun nampak 'cantik' dalam Mozilla Firefox. Ada glitters text tak keluar penuh dalam Internet Explorer, tapi in Mozilla Firefox tak de cacat cela plak! So... tat's y Mozilla Firefox is my choice!.

Monday, March 30, 2009

Tarikh akhir hantar borang income tax?


Setahu aku due date hantar e-filing is 30 April 2009. Tapi ada kawan aku yang mengatakan tomorrow (31 March 2009) is the due date! Betul ke ni!!?? Tak isi pun lagi!
Rupa2nya Bukan esok lar! Betul lar tarikh akhir hantar borang is 30 April 2009. Suspen je!
Click this link to go to e-Hasil nya website.

Sunday, March 29, 2009

Earth Hour


Last night... sharp 8:30pm for one hour we switched off our lights to show our vote for EARTH... support EARTH HOUR 2009.
Menjelang 8:30pm anak2 pun berkobar2 sediakan dan nyalakan lilin. Walaupun semua lampu di tutup.... tapi TV on jugak!!! Hehehe.... so tengok lar tv dalam gelap.

Anak2 sedang makan dalam gelap dengan bercahayakan lilin!

Demi Matahari - Snada


Demi Matahari..... Lagu Nyanyian Snada.... Kumpulan Nasyid dari Indonesia.



Actually... I baru je balik from ESQ Training last week. This is one of the song yang digunakan dalam that training. I love this song... and I'm quite sure all ESQ Alumni love this song too. Not only the song.... but the meaning of every sentences. Ini adalah erti surah Asy-Syams(Matahari) Ayat 1-10.

Saturday, March 28, 2009

Afiq Johan... Anis Johan


Pagi tadi sukan tahunan SKJalan3. Anis masuk acara 4x200m and 4x100m (P) Tahun 4 (Rumah Biru). Abang Long pulak acara 4x100m (L) Tahun 5 (Rumah Merah). Alhamdulillah sume acara JOHAN!

Abang Long and Anis after terima hadiah masing2

Hari ni pun di SMTTDI KL, Nuar terima hadiah (Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum) sempena Hari Anugerah Cemerlang Sek Men Tmn Tun Dr Ismail. CONGRATULATION!

Zaim Anwar - Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum


Tuesday, March 24, 2009

Passport Malaysia....


At last.... I managed to get myself a Malaysian Passport. A friend of mine (three of us went together to apply for a new passport @ Pejabat Imegresen Kajang this morning) said this afternoon "Umur dah 33 baru dapat buat passport!" I replied back: "At least 33. Kitaorang ni (referring to my other friend and me) dah 38 (nak dekat 40 dah) baru ada passport!"

Buat passport ni because in less than 2 weeks time I'm going to Ho Chi Minh City, Vietnam with friends (including my friends yang sama2 buat passport pagi tadi!). Ingatkan aku nak pergi buat passport weekend ni at Imigresen Shah Alam. Tapi my friend ni beriya2 ajak pegi buat sekali pagi tadi. At last pegi jugak sama2. Tambah pulak hari ni boss tak masuk ofis.... :D

Last year went to Bandung (with friends jugak) cuma buat group passport je. That time only 5 of us in a passport. The rest in the group daha ada passport masing2. This time berjalan (overseas) buat individual Malaysian Passport. Lagi pun senang. Next time boleh berjalan lagi! Hehehe... kalau bab2 perabih duit ni memang laju je!

Monday, March 23, 2009

Birthday Abang Nuar


Kami sekeluarga wish Abang Nuar "HAPPY BIRTHDAY"

glitter graphics


with lots of love from us:
Wan, Mama, Baba, Abang Long, Anis & Ammar


yang menulis,
Anis

Happy Birthday!!!


Today is my nephew's 18th Birthday! Happy Birthday Nuar!!

Webfetti.com

Sunday, March 22, 2009

My Live Signature


Newly created using online personal signature generator @ My Live Signature

Friday, March 20, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


This is a forwarded e-mail message received from friend too....

63 Petua Bahagia Dr. Fadzilah Khamsah


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



This is a forwarded e-mail message received from friend....

Thursday, March 19, 2009

What Does My Birth Month Say About Me?


You: born in March.


MARCH Birthdays: Attractive personality. Sexy. Affectionate. Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Loves to serve others. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Observant and assesses others. Vengeful. Loves to dream and fantasize. Loves traveling. Loves attention. Hasty decisions in choosing partners. Loves home decors. Musically talented. Loves special things. Moody.



This was taken from Facebook.


Betul ke ni???? Partly right and partly not! :)

Wednesday, March 18, 2009

Anis Pergi Ofis Mama


Pagi tadi anis ikut Mama pergi kerja. Mama decided bawak anis ikut pergi kerja sebab yesterday asyik bergaduh aje dengan abang Long. Sekejap2 anis telefon mama mengadu yang abang long mengusik dia lar... gaduh ngan dia lar. Hish! pening kepala mama dibuat nya!

So jadinya... hari ni dia ikut lar mama pergi kerja.

Cuti-cuti Kuantan 14-16 March 2009


Cuti sekolah ni Mama and Baba bawak anak2 pergi bercuti ke Kuantan. We stayed at Hyatt Regency Hotel @ Telok Chempedak.

We all bertolak at 10.00am (14/3/09) and reached Hyatt nearly 2pm. Along the way we all stopped at few places... petrol station untuk isi minyak kereta.... another petrol station lagi b'coz need to go to toilet.... and bila dah sampai kuantan, singgah pulak at Kolej Shah Putra to see kakak Tira and bagi buah tangan yang Wan kirimkan untuk kakak tira. After that baru boleh menuju ke hotel.

Dah sampai kaunter and register to check in tapi tak boleh masuk bilik lagi coz the rooms are not ready yet. Meanwhile we all are served with welcoming drink at the hotel cafe. Nearly 45 mins jugak lar menunggu. Lebih kurang at 3pm baru boleh masuk bilik. Itu pun satu bilik je ready. Actually mama booked 3 rooms.... 1 for us and another 2 for Auntie Nadia and Pakcik Nizam.

to be continued....

Monday 16 March 2009


zwani.com myspace graphic commentsTO ME......


Thank you to all my friends... for the birthday wishes...

Birthday wishes from frens in FB...

"Happy Belated Birthday Has, semoga beroleh kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat..amin."
- Zaiti Akhtar Zainal

"happy birthday....sori lmbt...baru on pc" - Nor Anita Yusoff

"Semoga success Happy Birthday" - Pok Nik

"Happy Birthday to You....." - Rizal Othman

"Selamat Hari Jadi...Happy Birthday...Selamat Hari Lahir...Hepi Besday..." - Rozailan Rosli

"HAPPPPPYYYY BESSSSSDAYYYY!!!!!selamat pjg umur,murah rezeki dan bahagia selalu." - Hanita Hassan

"Happy Besday!" - Tasnim Sulaiman

"kak has eppi besday!! bila nak jumpa2 ni.. dah sttle ke trip nk ke hcmc? matta fair tak g cari ke ground arrangemnt?" - Yuzrah Mahmud

"Kak Hasku, selamat hari jadi. semoga tetap maintain..." - Rohaya Ngah

"Hepi besday. Rasa2 masih muda di jiwa ni..." - Azizah Abdullah

"Happy Birthday......moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dlm keberkatan..." - Norzehan Sakamat

"happy bday..." - Raja Fakran Supian

"Kak Has, Happy Birthday... semoga panjang umur & dimurahkan rezeki......" - Roziah Abudin Rozie

"Selamat Hari Jadi, Kak." - Julia Mohamed Idris

"Has .. hepi birthday .. umur je kot meningkat .. lain2 ttp maintain .." - Fiza Mahmood

"Happy Birthday :-)" - Rashdan Fitri Mohd Rashid

"Kak Has, Happy Birthday & May You Find Happiness Always In Whatever You Do. Ucapkan awal sebab lepas ni nak gi bercuti dengan famili sempena cuti sekolah. All The Best!" - Zuhaimi Zubir

Friday, March 13, 2009

Lunch with Fren


Lunch break at office today I had lunch with my friend... Litsot. Kawan masa matrik and U. Dah lama betul tak jumpa dia. About 2- 3 years kot! The last time we met... dia nampak berisi lar jugak. Tapi tadi... kurus dah.

Biasa lar kan.. kalau kawan dah lama tak jumpa, macam2 citer keluar. Dia dah ada 4 kids... all girls. Youngest.... baby lagi, baru 6 months. Bak kata litsot; "kalau ko nak kurus kena mengandung and beranak no4. Lepas bersalin sure kurus!". Dia kata dia kurus selepas bersalin anak dia yang No4 ni. Berkesan pada dia... kalau aku... rasanya bertambah2 lagi lar kot berat badan! hahaha!

Dapat tahu kawan2 lain yang pregnant... Ton and Zih. CONGRATULATIONS to both of you! Actually Zih aku dah tahu dah. Bestnya bila dengar ada kawan2 yang expecting! Aku.... masih belum boleh pregnant lagi. Last year I had molar pregnancy. Due to that, doctor advised me not to get pregnant at least for 2 years. :(

Mid Term School Break


14 - 22 March 2009: Cuti Persekolahan

Seronok anak2 mama... esok start cuti sekolah. Pagi tadi Abang Long and Anis pergi sekolah kebanggsaan as usual. Sebelah petang pulak... sekolah agama Tahfiz Ummah ada jamuan sempena majlis sambutan Maulidurrasul. Ammar pulak yesterday dah brought back homework sempena cuti sekolah ni. Tapi tadi mama balik kerja je dia dah dok menghadap homework dia... He had finished his homework. Cuma tinggal few pages for him to read. Reading exercise!!

Tomorrow morning we'll be going to Kuantan. We will spend our weekend staying at Hyatt Regency Kuantan @ Teluk Chempedak until Monday 16/3.

zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments

Thursday, March 12, 2009

SPM 2008


Today Result SPM2008 keluar. Yang sat for the exam last year.... my nephew Zaim Anwar, my hubby's cousins... Bella anak Acik Kuantan and Iwan anak Mak Teh. Nuar punya result... aku pun tak tahu exactly berapa dia dapat. Tapi according to Kak Ngah cukup makan aje. Dapat tahu dari Nadia petang tadi... Bella dapat 4A. Anak saudara Nadia pun ada gak sorang... got 6A. Banyak gak A diaorang dapat. Anak saudara sendiri... tak de A pun. Tak apa lar... nak buat macamana. Dah rezeki dia dapat macam tu. Doesn't mean he didn't excel in academic... in life does not excel too. Banyak lagi opportunities for him to explore in the future! All the best to you Zaim Anwar!

Teringat zaman aku ambik SPM dulu. That was 20 years ago. Zaman aku dulu guna pakai sistem aggregat. Bila dapat je result... tanya member2... ko dapat berapa aggregat? Tapi sekarang.. guna A B C D and E je kot. F ada ke?? Sekarang... bila diaorang dapat result, tanya berapa dapat A berapa B and so on.

zwani.com myspace graphic comments

Abang Long & Pertandingan Kompang


Yesterday, Abang Long masuk pertandingan kompang (wakil SKJln 3) antara sekolah2 zon bangi. SKJ3 mendapat tempat pertama (Johan) dalam Pertandingan Kompang. Actually it's a Karnival Tadarus Al-Quran Zon Bangi Tahun 2009. Acara yang Abang Long masuk is Kompang Selawat.

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul


Selamat Menyambut
Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhammad SAW
(Monday 9 March 2009 / 12 Rabiul Awal 1430H)

More info on Rabiul Awal and Maulidur Rasul -> http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm

Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan
Nabi Muhammad SAW

(Isnin 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H)

Saturday, March 7, 2009

Blog Template Again


Finally... this is the "3 Columns Happy Spring" by Gisele Jaquenod. Many thanks to her for replying my comments and give links to the solutions.
I like most of the free blog templates by this
Gisele Jaquenod. For all new bloggers out there and trying to find new templates.... u should visit her site and pick one!

Blog Template


Still amending and trying new templates. How about this?

Sunday, March 1, 2009

Futsal Karnival Palestine 2009


Pagi tadi Abang Long ada game futsal sempena Karnival Palestine 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 (Jiran Bangi Perdana). Mama pun dah tengahari baru boleh pegi tengok Abang Long (sebab kena settle kan dulu apa2 yang patut di rumah). Mama bawak Anis and Ammar. Sampai2 kat padang.... punya lar ramai yang took part. Abang Long pakai baju merah. Budak2 yang pakai baju merah pun ramai. Macamana nak cari?? Last2 nampak abang long datang kat mama. 1st game dah over... SERI. So tunggu untuk satu game lagi. Tak sure kul berapa nak start.
Dah lar hari panas terik, so mama decided tak nak tunggu. Nak bawak anis and ammar pegi lunch di Restoran Cempaka @ Kompleks PKNS. So pesan kat abang long bila dah habis game call mama. And mama just beli aje lunch untuk abang long. At Komplek PKNS rupanya hari ni last day pesta buku kompleks PKNS. After we had lunch just pusing2 je lar sekejap layan ammar tengok buku itu buku ini.
At 1.15pm Abang Long called. Game dah over. He's on the way cycling back home. Team Abang Long JOHAN untuk Kategori Bawah 11 Tahun. Berbaloi lar penat2 bermain bawah panas.

Abang Long dengan muka penat posing dengan hadiah yang dimenangi!

Ni pulak Ammar tengah enjoy makan ais-krim @ Restoran Cempaka Komplek PKNS. Emmm...yummy!! Tapi separuh pun tak habis dia makan. At last Mama jugak yang terpaksa menghabiskannya! :D

* No Title *


I'm still trying to find a new layout template. Found few that interest me but when I tried to save the template most of them got errors. Sigh!! I'm still not expert at it. It's okay. I'll find time until I manage to do it. Then only will publish this blog! Good Luck to me! :D

March 2009


It's already March 2009. I love March. Yezzza....................it's March. My birthday is coming soon...............................
zwani.com myspace graphic comments

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates