Friday, January 29, 2010

Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga


Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga
(Sumber: Agama | Mega | Utusan Malaysia | Jumaat 29 Januari 2010)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (Ar-Rum:21)

**********

Akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan kisah perceraian pasangan yang dikenali ramai sehingga menjadi bualan ramai dan tumpuan masyarakat. Sekali imbas kita tidak terlintas langsung pasangan tersebut akan memilih jalan untuk berpisah.

Ini kerana mereka sempurna dari segi keperluan asasi seperti mempunyai kerjaya, anak, rumah, kenderaan dan indah rupa paras. Namun apabila melibatkan persoalan hati dan perasaan maka segala kemewahan, kecantikan dan kedudukan sudah tidak bernilai lagi. Tiada apa yang dapat membantu apabila hilangnya tiang seri rumah tangga iaitu kasih sayang.

Kasih sayang diungkapkan dalam ayat ini adalah ikatan mengeratkan hubungan antara lelaki dengan wanita.

Allah swt menjadikan wanita sebagai pelengkap kebahagiaan lelaki dengan pancaran kasih sayang. Namum kasih sayang tidak mungkin lahir tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pada asasnya kasih sayang antara lelaki dengan wanita perlulah bertunjangkan agama iaitu sama-sama berharap menjadi insan bertaqwa melalui ikatan perkahwinan.

Namun sekiranya kasih sayang berasaskan paparan zahiriah sahaja seperti kedudukan, kemewahan dan kecantikan maka pasti rumahtangga yang dibina lambat-laun akan dilanda badai.

Justeru itu, kasih sayang yang dikurniakn oleh Allah swt kepada pasangan lelaki dan wanita perlu dipupuk dan disemai kerana hati dijadikan oleh Allah swt sentiasa berbolak-balik.

Hati dan perasaan yang sejahtera adalah kekuatan kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi kesukaran hidup lantaran ia adalah roh kebahagiaan rumahtangga.

**********

Kasih sayang antara suami isteri adalah tunjang kebahagiaan rumahtangga. Hilangnya kasih sayang maka rosak binasalah rumahtangga walau memiliki kemewahan semesta alam, ketampanan seindah Nabi Yusuf, kecantikan sejelita bidadari dan kekuasaan sehebat Nabi Sulaiman.

Semua nikmat dunia tidak memberi makna apabila tandusnya kasih sayang, longgarnya kesetiaan, pincangnya kepercayaan dan hilangnya kecintaaan antara suami isteri.


********************

Dear All.... let's watch and enjoy this song Kasih Sayang by Raihan.
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa penuh dengan kasih sayang...
Doa ku untuk kalian semua... semoga sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!




Tuesday, January 26, 2010

Punca Keguguran


While I was googling for "Punca Keguguran", I found this article and read thru.

".....kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif."

So.. bermakna kalau perempuan mengandung yang ada morning sickness lagi bagus lar! Hmm.... kalau morning sickness yang teruk..... adus... tak larat jugak nak layan. Sure lembik badan dibuatnya nanti.

I was confirmed pregnant last 2 months (to be exact on 23 December 2009... I went to see gynae and did my pregnancy test... and the answer was +ve! ~Happy~).... and sepanjang 2 bulan tu memang tak pernah mengalami sedikit pun rasa loya or muntah. Adakah itu petanda kandunganku terancam? Mungkin jugak ada kebenarannya.

Then I read thru this article...

"Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan."
"
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan."

Seminggu sebelum daku mengalami keguguran... memang daku kurang tidur and mungkin juga kurang rehat. And few days before that (on Sunday - 17 Jan 2010)... daku melakukan kerja-kerja rumah e.g: kemas rumah, mop lantai, cuci toilet, ironing baju2 sekolah anak2, dll. Then on Monday (18 Jan 2010) until Wednesday (20 Jan 2010), I went outstation i.e JB.
Last Thursday (21 Jan 2010), when I woke up in the morning, aku mula rasa something.... and bila masuk toilet.... Ya Allah! I was bleeding! I knew it... something was wrong with my kandungan. I have to go to see gynae that morning but... I need to go to the office first before I could go to hospital and see my gynae. In the afternoon baru aku berkesempatan keluar dari office... itu pun badan dah mula rasa seram sejuk and dah mula rasa kesakitan (tapi terpaksa bertahan!!).

Bila jumpa doctor, and buat scan.... confirmed kandunganku telah gugur. Innalillahiwainnailahirrajiun.... Sedih jugak bila doctor telah mengesahkannya.... but surprisingly I was not as sad as masa daku disahkan mengandung anggur (molar pregnancy) 2 years back. Tis time maybe I was prepared myself mentally. I told myself... jangan terlalu happy sehingga kandungan genap 3 bulan dan disahkan bukan mengandung anggur lagi.

Apa yang pasti.... bukan rezeki ku untuk menimang cahaya mata lagi untuk kali ini. Daku percaya mungkin ada hikmah di sebalik ketentuan Allah ini. Insyaallah... jika ada rezeki... pasti aku akan mengandung lagi.

Sekarang ni masa untuk ku berehat secukupnya sehingga 3 Feb 2010 nanti. Aktiviti bisnes ku juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu. (Read my announcement here!)




Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan


Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan:
(Sumber: Mode | Mega | Utusan Malaysia | Selasa 26 Januari 2010 | ms: 9)
  • Jaga hubungan dengan Allah, sembahyang lima lima kali sehari atau lebih.
  • Apa sahaja ujian yang datang, kembali kepada-Nya.
  • Jaga hubungan dengan ibubapa bagi lelaki atau suami. Bagi wanita berkahwin, kunci kebahagiaan pada suami.
  • Mengetahui teknik pengurusan kewangan. Setiap bulan masukkan 10% pendapatan ke dalam tabung kebebasan kewangan.
  • Mencipta ibu duit iaitu membuka tabung akaun simpanan emas di institusi kewangan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Simpan duit syiling di dalam tabung yang nampak telus.
  • Beristighfar 100 kali sehari sekiranya menghadapi musibah.
  • Selawat 1,000 kali sehari dalam masa 10 hari untuk berhajat.
  • Hidup mesti ada matlamat dan jelas.

I LOVE YOU...




Barney - I LOVE YOU

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends Like friends should be
with a great big hug and a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

*****************************************

I Love You...
Saya cintakan kamu...
Saya sayang kamu...
Wo ai ni...
Ti Amo...
Je T'aime...
Kimi o ai shiteru...

Ini adalah sebahagian dari pelbagai bahasa yang membawa satu maksud.... I LOVE YOU.
Three words ni juga lah yang sering kita ucapkan kepada orang-orang yang kita sayang dikeliling kita...
...seorang ibu kepada anak-anak
...anak-anak kepada ibu
...anak-anak kepada ayah
...isteri kepada suami
...suami kepada isteri
...seorang kekasih kepada pasangannya
...seorang teman kepada sahabatnya


Tapi apakah akan jadi bila perasaan SAYANG bertukar menjadi BENCI?? Smiley

**Note: Lagu Barney - I Love You is specially dedicated to you......


Saturday, January 23, 2010

Anis Sweet Chocs & Cakes


Anis Sweet Chocs & Cakes is temporarily closed its operation until mid February. Click here for more details.



Thank you and Regards.

Wednesday, January 13, 2010

Coret-coret...


Salam All,

Yang sebenarnya banyak gak entry yang daku nak post kan dalam ...My Notes Entry... ni as well as my other blog :::All About My Kids::: tapi tak gak berusik. Biasa lar... kadang2 terpaksa berebut ngan anak2 bila nak guna pc especially masa cuti sekolah baru-baru ni. And furthermore... daku pun sibuk ngan aktiviti coklat and cupcakes.... (*sila lar jenguk my homemade chocolates and cupcakes here!)



Insyaallah bila ada masa (and kena rajin jugak!!! ;) )... I'll try my best to update my blog!


Wednesday, January 6, 2010

AnggunPeribadi.com's Sale


Discount up to 20% for All Product

Sempena Birthday Tokey Kedai

January 2010





Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010




HAPPY NEW YEAR TO ALL MY FRIENDS...

...Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik...
...Semoga keceriaan dan kebahagian menjadi milik kita....
....Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik....
....Semoga hari-hari mendatang akan memberikan rezeki yang melimpah ruah untuk kita sekeluarga...
...Semoga menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya....

dan...

sentiasa doakan yang baik2 belaka untuk anda sekalian dan juga untuk diriku sendiri serta keluarga.

AMIN!!!

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates