Showing posts with label Petua Rumah Tangga. Show all posts
Showing posts with label Petua Rumah Tangga. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga


Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga
(Sumber: Agama | Mega | Utusan Malaysia | Jumaat 29 Januari 2010)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (Ar-Rum:21)

**********

Akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan kisah perceraian pasangan yang dikenali ramai sehingga menjadi bualan ramai dan tumpuan masyarakat. Sekali imbas kita tidak terlintas langsung pasangan tersebut akan memilih jalan untuk berpisah.

Ini kerana mereka sempurna dari segi keperluan asasi seperti mempunyai kerjaya, anak, rumah, kenderaan dan indah rupa paras. Namun apabila melibatkan persoalan hati dan perasaan maka segala kemewahan, kecantikan dan kedudukan sudah tidak bernilai lagi. Tiada apa yang dapat membantu apabila hilangnya tiang seri rumah tangga iaitu kasih sayang.

Kasih sayang diungkapkan dalam ayat ini adalah ikatan mengeratkan hubungan antara lelaki dengan wanita.

Allah swt menjadikan wanita sebagai pelengkap kebahagiaan lelaki dengan pancaran kasih sayang. Namum kasih sayang tidak mungkin lahir tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pada asasnya kasih sayang antara lelaki dengan wanita perlulah bertunjangkan agama iaitu sama-sama berharap menjadi insan bertaqwa melalui ikatan perkahwinan.

Namun sekiranya kasih sayang berasaskan paparan zahiriah sahaja seperti kedudukan, kemewahan dan kecantikan maka pasti rumahtangga yang dibina lambat-laun akan dilanda badai.

Justeru itu, kasih sayang yang dikurniakn oleh Allah swt kepada pasangan lelaki dan wanita perlu dipupuk dan disemai kerana hati dijadikan oleh Allah swt sentiasa berbolak-balik.

Hati dan perasaan yang sejahtera adalah kekuatan kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi kesukaran hidup lantaran ia adalah roh kebahagiaan rumahtangga.

**********

Kasih sayang antara suami isteri adalah tunjang kebahagiaan rumahtangga. Hilangnya kasih sayang maka rosak binasalah rumahtangga walau memiliki kemewahan semesta alam, ketampanan seindah Nabi Yusuf, kecantikan sejelita bidadari dan kekuasaan sehebat Nabi Sulaiman.

Semua nikmat dunia tidak memberi makna apabila tandusnya kasih sayang, longgarnya kesetiaan, pincangnya kepercayaan dan hilangnya kecintaaan antara suami isteri.


********************

Dear All.... let's watch and enjoy this song Kasih Sayang by Raihan.
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa penuh dengan kasih sayang...
Doa ku untuk kalian semua... semoga sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!




Tuesday, January 26, 2010

Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan


Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan:
(Sumber: Mode | Mega | Utusan Malaysia | Selasa 26 Januari 2010 | ms: 9)
  • Jaga hubungan dengan Allah, sembahyang lima lima kali sehari atau lebih.
  • Apa sahaja ujian yang datang, kembali kepada-Nya.
  • Jaga hubungan dengan ibubapa bagi lelaki atau suami. Bagi wanita berkahwin, kunci kebahagiaan pada suami.
  • Mengetahui teknik pengurusan kewangan. Setiap bulan masukkan 10% pendapatan ke dalam tabung kebebasan kewangan.
  • Mencipta ibu duit iaitu membuka tabung akaun simpanan emas di institusi kewangan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Simpan duit syiling di dalam tabung yang nampak telus.
  • Beristighfar 100 kali sehari sekiranya menghadapi musibah.
  • Selawat 1,000 kali sehari dalam masa 10 hari untuk berhajat.
  • Hidup mesti ada matlamat dan jelas.

Tuesday, April 14, 2009

Sifat-Sifat Mulia Suami


  • Memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang beriman dan taat kepada perintah Allah swt.
  • Melengkapkan rumah tangga dengan kasih sayang dan sikap prihatin.
  • Sentiasa bermurah hati membelanjakan wang ringgit untuk kebajikan isteri dan anak-anak.
  • Selalu menghargai isteri dan anak-anak.
  • Memuji apa sahaja perbuatan mereka dan tindakan mereka yang baik.
  • Mendahulukan isteri dan anak-anak dalan apa jua perkara.
  • Meluangkan kualiti masa dengan isteri dan anak-anak seberapa kerap yang boleh.
  • Melindungi dan menjaga keselamatan isteri dan anak-anak dari segala masalah.
(diambil dari ruangan Sembang-Sembang sisipan Mode Mega (m/s 11) Utusan Malaysia Isnin 13 April 2009)

Friday, March 20, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


This is a forwarded e-mail message received from friend too....

63 Petua Bahagia Dr. Fadzilah Khamsah


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



This is a forwarded e-mail message received from friend....

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates