Re: [Terendak84] Zaihariyem. Update 18 April.
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan pada jam 1130 pagi 18 April 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.
Yem menjemput semua rakan2 untuk ke majlis tahlil pada malam ini selepas waktu Isyak. Alamatnya 252, Jln Lavender Heights 8, Lavender Heights, Senawang.
Terus sms my hubby tanya dia samada nak pergi tak majlis tahlil tu. Then dia reply OK.
So... last night after maghrib we all sekeluarga bertolak ke Senawang menuju rumah Yem. Aku sendiri memang tak tahu kat mana Lavender Heights tu... tapi nasib baik memang husband tau di mana. Dah masuk kawasan Lavender Heights, cuma nak mencari rumah dia je lar di sebelah mana. Alhamdulillah tak susah pun nak mencari.
Sampai2 saje di rumah Yem, tetamu yang hadir baru nak mula baca Yaasin. Tak de muka2 yang aku kenali pun. Kemungkinan semua saudara mara dan jiran tetangga je kot. Bila dah habis bacaan yaasin dan tahlil, baru aku nampak Yem. Tak lama lepas tu dia datang menghampiri aku. Aku ucapkan takziah dan juga sampaikan salam takziah dari kawan2 yang pesan pada aku... from Norhaslita Ramli, Mashita Kassim and Habibah Yahya. Menurut Yem, kawan2 ramai datang pada hari Jumaat petang and some on yesterday morning. Semasa nak makan, baru lar aku nampak Zulfakar.
Nearly 10.30pm kitaorang pun balik....






