Kisah: 'bin'
One day (
few weeks ago), selepas mama balik kerja and duduk rehat sekejap... tiba2 ammar bersuara ...
Ammar: "Mama... nama ammar, Ammar Hafiy bin Abdul Ghaffar"
Mama: "Ya... pandai anak mama"
Ammar: "Tapi kenapa nama ammar ada '
bin'?"
Mama: "Nama abang long ngan baba pun ada '
bin' jugak macam ammar! Nama abang long... Azrul Hafiq 'bin' Abdul Ghaffar. Nama baba... Abdul Ghaffar 'bin' Abdul Rahman."
Ammar: "Tapi ammar tak nak ada 'tong sampah' kat nama ammar! (
sambil merengek nak menangis)
Mama terkedu dengar. Then terus tergelak. Abang Long and kakak Anis yang ada sama ketika tu pun turut gelak mendengarkan jawapan dari ammar. To his knowledge '
bin' tu is 'tong sampah'. Which is true lar kan!
Terpaksa lar mama explained kat ammar apa dia '
bin'! Susah untuk dia terima. Then lastly mama terpaksa cakap nama ammar tak ada '
bin'. Nama dia is 'Ammar Hafiy Abdul Ghaffar' (
without mentioned 'bin'). Baru dia puas hati dengar explaination mama.
Kisah: Myspace & E-Mail
Ammar: "Mama, Ammar nak myspace ngan e-mail"
Mama terkejut dengar lalu tanya dia semula "Hah! Ammar nak myspace ngan e-mail? Ammar tau ke apa tu myspace ngan e-mail? Ammar pandai ke guna?"
Ammar: "Ammar tau! Ammar pandai! Please.... please... please mama! Ammar nak myspace. Ammar nak e-mail!"
Lalu mama tanya lagi. "Kenapa ammar nak myspace ngan e-mail?"
Ammar: "Ammar nak main game Pet macam kakak anis ngan abang long!
Oooo padanlar dia sibuk nak myspace ngan e-mail. Sebab nak main game Pet. Kakak anis ngan abang long memang ada myspace. And nak login myspace tu kena guna e-mail address. kakak anis ngan abong long kerap login ke myspace untuk main game Pet.
Ni mesti abang long or kakak anis pernah mentioned kat ammar yang dia tak boleh main game Pet sebab dia tak de myspace ngan e-mail.
Adus.... macam2 hal lar pulak anak2 mama ni! Layannnn je lar kerenah depa!
