Thursday, April 30, 2009

Akhirnya...


Selesai sudah. Aku berjaya menghabiskan pembacaan novel Aku Ada Kamu! 3 malam berturut2 aku meghadapnya... & tepat 11.30pm tadi selesai pembacaan. Puas hatiku! Lepas ni tak payah nak fikir bila nak habis baca. Selagi tak habis... memang dok menghadap buku tu aje lah jawabnya.

Mula baca AAK hari isnin malam. Hingga lewat malam (or should i call it pagi?) .. pukul 2am baru aku berhentikan pembacaan. Kalau ikutkan hati memang hendak aje ku teruskan lagi since mata pun tak mengantuk lagi. Tapi memikirkan nak ke office the next morning, so terpaksa lar stopped. Selepas habis waktu kerja on Tuesday and Wednesday pulak... aku seolah2 tak sabar nak balik rumah sebab nak sambung baca AAK Ini lar penangan membaca AAK. :D

Suka sangat watak Sofi Aidura dan Hisham. Sizzling Sofi. Adorable Adura.

"It was not my lips you kissed, but my soul..."


Jantung, hati, nafas dan cinta ini...

Semuanya ada pada kamu!
Aku hanya ada kamu!


Waahhhh... cair.... :D

Aku sambil2 buat e-filing. Memang slow nak access. Bila klik utk ke next page aje.... takes few minutes. Biasa lar orang ramai yang buat and hantar last minute ... macam aku ni lar :). Dah tentu congest. So memang memerlukan kesabaran. Apalagi... sambil2 blog hopping lar!


Monday, April 27, 2009

Layan membaca novel


Itu sebab lah aku malas nak mula membaca novel. Selagi tak habis baca memang sukar untuk aku melepaskan novel (yang dah tentu-tentunya lebih dari 500 m/s...) dari genggaman tangan aku sendiri.

Sebuah novel karya Norhayati Berahim dah habis aku baca dalam masa 2 hari. Tapi... rasa2nya kalau dikira jumlah jam.... mau kurang 24 jam! :D

Malam ni mula baca novel satu lagi... Aku Ada Kamu oleh Lily Haslina Nasir. Ni.... paksa diri untuk berhenti membaca sekejap sebab nak update blog! :)

Mata dah mula berat yang sebenarnya.... tapi hati pulak berat nak menyambung pembacaan. Apa2 pun... sebelum off to bed... sudah pasti aku akan sambung dulu baca setakat yang terlarat. Ntah2 tidur bersama buku! ;)

Saturday, April 25, 2009

Pesta Buku 2009 @ PWTC


Siang tadi dapat juga Mama bawa anak2 mama pergi Pesta Buku. Seperti biasa kalau pergi apa2 expo di PWTC Mama akan parking kereta di Stesen Bas Putra. Sampai sana... berlegar dua tiga kali jugak untuk mencari tempat parking. At last dapat juga tempat.

Masuk PWTC... mak ai!!! punya lar ramai manusia. Ni baru at ground floor. Belum naik atas lagi. Terpaksa lar berpusu2 dan bersesak2 dengan lautan manusia! Nak buat camana... orang lain pun sama gak... tak nak melepaskan peluang. Tambah2 dua hari ni je lagi. Esok last day!

Masing2 dengan tujuan masing2.... nak beli buku2 yang sememangnya dapat diskaun menarik + hadiah2 menarik.... nak berjumpa dengan penulis2 kesayangan mereka.... jumpa kartunis....saja2 berjalan... and apa saje tujuan mereka.

Anis yang paling banyak beli buku.... novel kanak-kanak. Si Abang Long pulak... bukannya kisah sangat pun. Memang tak minat dengan buku2 ni. Lain lar Anis... memang suka membaca. Sekarang ni memang minat dia baca novel kanak2.

Mama pun tak lepaskan peluang beli untuk bacaan mama sendiri :) Untuk Ammar... sudah tentu beli jugak untuk dia. Kalau tak beli kan dah tentu menangis.

Mama sempat jugak took some photos....

Friday, April 24, 2009

End of bz week....


Fuh! Leganya rasa. Hari ni dah hari Jumaat... end of the week and most importantly end of my bz week!

Actually pagi ni masih ada di rumah lagi. Memang sengaja masuk ofis lewat sebab nak pegi collect insurance and road tax kereta pagi ni. Then baru terus heading to office. Petang semalam nak collect tak sempat coz semalam pun balik dari outstation pun dah lewat. Pukul 8.00 malam baru sampai office.

Yesterday pegi buat audit di project office @ Yong Peng. Semalam pukul 6.00pagi dah keluar dari rumah. Janji ngan kawan 6.30am nak bertolak dari office. First time semalam buat audit on project. Interesting jugak!

So... my part in internal audit dah habis. Cuma nak siapkan report je. By next week boleh siap dah. :)

Rasa malas nak masuk office pagi ni pun ada! Malas nak mengadap muka2 tertentu. Ni sebab kes semalam lar ni! Dah tahu aku pegi audit outstation, tak yah lar nak kacau. Asyik lar missed call... sms. Dah tahu aku tak de kat office, user plak ada problem ngan system, tolong je lar cover untuk hari semalam. Pantang lar aku tak de kat office or cuti ke... asyik lar kacau. Kalau user ada problem sket je (even yang simple sangat pun...) pun nak directly tanya. Tak pernah nak try dulu camana nak solve the problem. Tapi kalau dia cuti tak de sape pun nak kacau. Yang kes semalam tu... user sorang ni pun si css pun mangkuk ayun jugak. Dah bagi solution to try tak nak pulak. Memang saje je lar tu! Nak cari salah orang. Macam lar dia tu bagus sangat! :-t Memang semalam angin tul dengan orang2 ni.

Ok... got to go now. Malam nanti boleh ber tenet lagi! ;)

Sunday, April 19, 2009

Parents-Teacher Meeting @ Smart Reader Kids


Yesterday morning ada Parents-Teacher Meeting di sekolah Ammar @ Smart Reader Kids Seksyen 3. Mama je yang pegi bawak Ammar & Anis sekali. Baba tak dapat pegi.

Ammar's performance kat sekolah... OK. Teachers sume puji dia. Mula2 masuk sekolah je dia asyik menangis and for 1st few weeks still tak boleh nak kenal huruf and lambat catched up. Tapi selepas tu... alhamdulillah he did well. Terlebih laju lar pulak! :D

Mama ingatkan nak amik few photos utk mama upload dalam blog ni... tapi bateri camera habis lar pulak!

Gambar ni je yang mama amik guna handphone mama!










Majlis Tahlil @ Rumah Zaihariyem


Kebetulan baca Yahoo!Mail petang semalam. Tengok ada e-mail message from Zulfakar.

Re: [Terendak84] Zaihariyem. Update 18 April.

Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan pada jam 1130 pagi 18 April 2009. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.

Yem menjemput semua rakan2 untuk ke majlis tahlil pada malam ini selepas waktu Isyak. Alamatnya 252, Jln Lavender Heights 8, Lavender Heights, Senawang.

Terus sms my hubby tanya dia samada nak pergi tak majlis tahlil tu. Then dia reply OK.

So... last night after maghrib we all sekeluarga bertolak ke Senawang menuju rumah Yem. Aku sendiri memang tak tahu kat mana Lavender Heights tu... tapi nasib baik memang husband tau di mana. Dah masuk kawasan Lavender Heights, cuma nak mencari rumah dia je lar di sebelah mana. Alhamdulillah tak susah pun nak mencari.

Sampai2 saje di rumah Yem, tetamu yang hadir baru nak mula baca Yaasin. Tak de muka2 yang aku kenali pun. Kemungkinan semua saudara mara dan jiran tetangga je kot. Bila dah habis bacaan yaasin dan tahlil, baru aku nampak Yem. Tak lama lepas tu dia datang menghampiri aku. Aku ucapkan takziah dan juga sampaikan salam takziah dari kawan2 yang pesan pada aku... from Norhaslita Ramli, Mashita Kassim and Habibah Yahya. Menurut Yem, kawan2 ramai datang pada hari Jumaat petang and some on yesterday morning. Semasa nak makan, baru lar aku nampak Zulfakar.

Nearly 10.30pm kitaorang pun balik....

Saturday, April 18, 2009

Photos - Abang Long & Friends


Ni gambar Abang Long semasa menyertai Kompang Selawat Karnival Tadarus Al-Quran Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Hulu Langat di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Batu 10 on 26 March 2009.

Rakan-rakan Kompang Selawat SEJATI (Sekolah Jalan Tiga)
(dari kiri: Ilya, Wafiy, Raimy, Adam, Abang Long, Mashuri, Hisham, Faiz & Afiq)

Abang Long, Raimy & Adam

Testing Animated GIF


Just for testing nak tengok samada Chicken dancing animated GIF appear ke tidak! ;)

Friday, April 17, 2009

Morning...happy! Petang...sad news!!


Today is my dearest friend's birthday. Happy 38th Birthday Nor!

9.00am tadi aku turun dari office menuju florist @ ground floor. 2 days ago I ordered hand bouquet flowers + few Ferrero Roche chocolates to be sent to Nor this morning. So... I went to the florist to make payment for the flowers and attached the Birthday Card that I made myself :D. And of course snapped few photos of the flowers! Aku puas hati dengan bunga yang dipilih!

The flowers is not for her birthday present alone... but for our 25 years of FRIENDSHIP as well!

Naik semula ke office I sms ed Nor just to make sure dia mmg ada kat office today. This morning dia masuk office lewat coz pegi service kereta dia dulu. Ok.. fine! Lega dengar. :)

After lunch, nearly 3.00 pm... Nor called me. Dia dah terima bunga tu... and was so happy. And so touched by my thoughts! Alhamdulillah she loved my gift! That's all matters.

Okay that's about the happy news. Now... about the sad news....

This morning (about 9.30am) received an e-mail from ex-schoolmate...

Dengan sedih hati saya ingin maklumkan kepada semua rakan2 TDK 84 tentang keadaan kesihatan isteri Zaihariyem yang berada dalam keadaan kritikal. Pada waktu ini mereka sedang berada di Hospital Kanser Nilai tetapi setelah berbincang dengan doktor, Yem telah membuat keputusan utk membawa isterinya pulang pada tengahari ini. (16 April).Kepada semua yang ingin berhubung dengan Yem sila hantar SMS ( panggilan tidak digalakkan) pada nombor 017 xxxxxx.

Pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa kepada Yem dan keluarganya di saat-saat yang kritikal ini. TQ.

Zulfakar.

Shocked by the news... tertanya jugak... selama ni tak pernah dengar pun wife Yem sakit! Or mungkin aku sorang je yang tak tau kot!

Teringat jugak... last year masa Hari Raya open house di rumah Major (my ex-school mate jugak!) di Seremban, aku berkesempatan jumpa dan kenal dengan Yem's wife.. for the first time. Kurus dan tinggi lampai orangnya. Sesuai lar dengan yem yang sememangnya tinggi orangnya! Anak2 yem 3 orang... all boys. That time nampak wife yem tegas and garang ngan anak2nya. Dalam hati aku berkata... macam aku jugak wife yem ni... garang ngan anak2! Mana tak nya 3 boys. Aku yang ada 2 boys and 1 girl ni pun pening kepala. Memanjang lar jadi tarzan kat rumah! hahaha! That time sempat lar berborak2 dengan dia (sorry... i can't remember her name!) and wife major. She's a nice lady.

Ok... balik semula pada cerita tadi. Sebelah petang pula, selepas aku solat Asar, I saw an e-mail message titled Re: [Terendak84] Zaihariyem. Updateb 1640 pm. from Zulfakar.

Dukacital dimaklumkan yang isteri kawan baik kita, Zaihariyem telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 15 minit yang lalu.

Al- Fatihah.

Innalillahiwainnaillaihirojiun...
Terkedu and sedih dengar berita tersebut.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Semoga Yem dan keluarga tenang dan tabah menghadapinya...

Berita sedih ni juga mengingatkan aku pada arwah kakak aku yang meninggal dunia pada March 2002. Arwah along meninggal dunia due to breast cancer. Few weeks before dia meninggal memang sedih menengokkan keadaan dia yang suffered melawan penyakit kanser. Arwah pergi dengan tenang dan menghembuskan nafas terakhir bersama dengan sedutan gas terakhir dari tangki oxygen yang digunakan ketika itu. Al-Fatihah untuk arwah Along.

Ada Award!


Nak jugak lar ada awards! Thanx Bib... Kak Yong..... I've copied these 3 awards from your blog Catatan Ibu. THANK YOU so much!



Wednesday, April 15, 2009

About My Family - written by Anis


Tadi before Anis and Abang Long pergi English Tuition @ Smart Reader, Anis sempat tunjukkan dekat Mama composition About My Family yang dia dah buat. I read it and smiled! Her teacher marked it and put "Excellent". That's the reason dia beriya2 tunjukkan kat mama.

This is what she wrote...

Jangan Ucap Takziah...


This article was forwarded by a friend of mine thru e-mail....

Erti Sebuah Perkahwinan....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:

"Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya:

"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW. Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Kuulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya..

Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.......
MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


(source: http://nukilanida.blogspot.com/2009/04/syahdunya-membaca.html)

Tuesday, April 14, 2009

Birthday Ammar 11 April 2009


Last Saturday 11 April 2009 was birthday Ammar yang ke-5. On Sunday buat jamuan makan sket di rumah Wan Jah to celebrate birthday Ammar and Naufal Nafiq (sepupu Ammar). Birthday Naqib is on this coming Saturday 18 April 2009.

Home-made chocolate cakes for Ammar (batman) and Naqib (Ben-10).


These are only photos taken on last sunday. (tiba2 pulak camera was not functioning!!)

Dishes for family members!! (Left) Icha & Kakak Anis (Right)

Birthdays...


13 April 2009.... It was yesterday!!!! Yes... yesterday was my darling's birthday! And last Saturday 11 April 2009... was my youngest son's birthday.

Happy Birthday to my dearest hubby and son...

zwani.com myspace graphic comments

and tomorrow (15 April) is my nephew's birthday. Happy Birthday to Zaki Asyraf too! You are now 17!!!


Sifat-Sifat Mulia Suami


  • Memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang beriman dan taat kepada perintah Allah swt.
  • Melengkapkan rumah tangga dengan kasih sayang dan sikap prihatin.
  • Sentiasa bermurah hati membelanjakan wang ringgit untuk kebajikan isteri dan anak-anak.
  • Selalu menghargai isteri dan anak-anak.
  • Memuji apa sahaja perbuatan mereka dan tindakan mereka yang baik.
  • Mendahulukan isteri dan anak-anak dalan apa jua perkara.
  • Meluangkan kualiti masa dengan isteri dan anak-anak seberapa kerap yang boleh.
  • Melindungi dan menjaga keselamatan isteri dan anak-anak dari segala masalah.
(diambil dari ruangan Sembang-Sembang sisipan Mode Mega (m/s 11) Utusan Malaysia Isnin 13 April 2009)

Sunday, April 12, 2009

HCMC - Group Photo


Ini lah kami..... 11 of us in a group yang pergi Ho Chi Minh City, Vietnam recently.

Photos @ Smart Kids 2009


Sementara menunggu Abang Long and Anis habis Great Sudoku Challenge


Dengan maskot Smart Kid - Abang Long and Anis baru habis buat Sudoko!


@ KL Bird Park Booth

Gambar2 di bawah ni ......
semasa Maskot Parade! Maskot Upin & Ipin pun ada....

Smart Kids 2009


Jadi juga Mama bawa anak2 Mama pegi Smart Kids Expo @ PWTC petang tadi. Bertolak dari rumah pun dah pukul 2.30 petang. On the way masuk KL hari hujan. Jalan pun jammed. Biasa lar di KL ni... kalau hujan je mesti traffic jam. Sampai PWTC pun nearly 3.30pm.

Masuk je exhibition hall, mama terus cari booth Munchy's and tanya kat mana depa buat Sudoko contest. Memang saja mama nak bagi Anis and Abang Long participate in the Great Sudoko Challenge by Munchy's.

The contest started at 4.00pm. All the patiticipants dah duduk di tempat masing2. Mama pun kelam kabut register utk anak2 mama. Participation fee is RM10/pax.

Only 23 participants aje yang layak utk teruskan final round. 3 for 1st, 2nd and 3rd prize. Another 20 for consolation prize. Both abang long and anis berjaya in 1st round and layak utk ke 2nd / final round.

Abang Long orang yang pertama dapat hadiah saguhati. :) Anis pulak.... jawapan dia semua betul tapi hanya berjaya dapat utk hadiah saguhati je. Kira OK lar tu!

Kali ni punya xpo nampak macam tak best sangat lar macam last year. Ke atau mama tak sempat explore semua booth kot. Tapi memang betul pun.... we all tak sempat nak go round semua booth pun.

Kesian jugak anak2 mama tak dapat enjoy sangat. Selalunya (past years) asalkan ada aje booth yang ada game mesti took part. Yang diaorang seronok sangat tu bukan apa.... seronok collect free gift. Itu je! :) Kali ni tak dapat collect banyak. Masa Great Sudoku Challenge tu aje lar ..... dapat Munchy's hamper, goodie bag and Certificate of Participation.

Ok... off to bed. Esok mama will upload some more photos taken in the Smart Kids Expo tadi.

Friday, April 10, 2009

Plan for this weekend...


Today Smart Kids Expo @ PWTC starts. Dah 3 or 4 years berturut2 mama tak lepaskan peluang utk bawa anak2 mama pegi sana. Just let them explore and take part in mana2 games yang ada at each booth.

This year mama plan to go on sunday. Nak ajak baba pegi sekali. Tapi baba... macam biasa lar kan tak boleh tinggalkan activity dia every sunday morning...Golfing! :( Tukar lar... bawak anak2 tomorrow aje. Tapi.... abang long and kakak pulak ada aktiviti ko-kurikulum. Macamana ni? Tengok lar dulu. Tomorrow baru decide semula! :|

Thursday, April 9, 2009

My recent trip photos


My recent trip to Ho Chi Minh City, Vietnam. View my photos.....



My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates