Showing posts with label Afiq. Show all posts
Showing posts with label Afiq. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Hari Penyampaian Hadiah SKJalan3


Pertama kali mama pergi menghadirkan diri di Hari Anugerah Pelajar di SKJalan3 was 3 years back. Masa tu Anis dalam Tahun 1. Bila dia Tahun 2 dan Tahun 3, mama tak pergi pun walaupun Anis ada menerima hadiah waktu tu. Alhamdulillah tahun ni Anis masih lagi mengekalkan kedudukan pertama di dalam kelasnya. And... kali ni mama pergi .... atas permintaaan Anis juga. Walaupun tak wajib untuk parents turut serta, tapi digalakkan datang.
Apart from mendapat tempat pertama di dalam kelas Tahun 4 Kenanga, Anis juga berjaya menerima hadiah untuk pelajar terbaik subjek Bahasa Inggeris (Tahun 4).


Gambar-gambar Anis dan Abang Long di Hari Anugerah Cemerlang SK Jalan 3. Anis terima hadiah tapi Abang Long cuma jadi penonton aje! :)



Saturday, April 18, 2009

Photos - Abang Long & Friends


Ni gambar Abang Long semasa menyertai Kompang Selawat Karnival Tadarus Al-Quran Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Hulu Langat di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat Batu 10 on 26 March 2009.

Rakan-rakan Kompang Selawat SEJATI (Sekolah Jalan Tiga)
(dari kiri: Ilya, Wafiy, Raimy, Adam, Abang Long, Mashuri, Hisham, Faiz & Afiq)

Abang Long, Raimy & Adam

Saturday, March 28, 2009

Afiq Johan... Anis Johan


Pagi tadi sukan tahunan SKJalan3. Anis masuk acara 4x200m and 4x100m (P) Tahun 4 (Rumah Biru). Abang Long pulak acara 4x100m (L) Tahun 5 (Rumah Merah). Alhamdulillah sume acara JOHAN!

Abang Long and Anis after terima hadiah masing2

Hari ni pun di SMTTDI KL, Nuar terima hadiah (Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum) sempena Hari Anugerah Cemerlang Sek Men Tmn Tun Dr Ismail. CONGRATULATION!

Zaim Anwar - Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum


Thursday, March 12, 2009

Abang Long & Pertandingan Kompang


Yesterday, Abang Long masuk pertandingan kompang (wakil SKJln 3) antara sekolah2 zon bangi. SKJ3 mendapat tempat pertama (Johan) dalam Pertandingan Kompang. Actually it's a Karnival Tadarus Al-Quran Zon Bangi Tahun 2009. Acara yang Abang Long masuk is Kompang Selawat.

Sunday, March 1, 2009

Futsal Karnival Palestine 2009


Pagi tadi Abang Long ada game futsal sempena Karnival Palestine 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 (Jiran Bangi Perdana). Mama pun dah tengahari baru boleh pegi tengok Abang Long (sebab kena settle kan dulu apa2 yang patut di rumah). Mama bawak Anis and Ammar. Sampai2 kat padang.... punya lar ramai yang took part. Abang Long pakai baju merah. Budak2 yang pakai baju merah pun ramai. Macamana nak cari?? Last2 nampak abang long datang kat mama. 1st game dah over... SERI. So tunggu untuk satu game lagi. Tak sure kul berapa nak start.
Dah lar hari panas terik, so mama decided tak nak tunggu. Nak bawak anis and ammar pegi lunch di Restoran Cempaka @ Kompleks PKNS. So pesan kat abang long bila dah habis game call mama. And mama just beli aje lunch untuk abang long. At Komplek PKNS rupanya hari ni last day pesta buku kompleks PKNS. After we had lunch just pusing2 je lar sekejap layan ammar tengok buku itu buku ini.
At 1.15pm Abang Long called. Game dah over. He's on the way cycling back home. Team Abang Long JOHAN untuk Kategori Bawah 11 Tahun. Berbaloi lar penat2 bermain bawah panas.

Abang Long dengan muka penat posing dengan hadiah yang dimenangi!

Ni pulak Ammar tengah enjoy makan ais-krim @ Restoran Cempaka Komplek PKNS. Emmm...yummy!! Tapi separuh pun tak habis dia makan. At last Mama jugak yang terpaksa menghabiskannya! :D

Saturday, January 24, 2009

Merentas Desa SK Jalan 3


Pagi tadi (Jumaat 23 Jan 2009) Abang Long & Anis ada aktiviti merentas desa di sekolah. Anis Johan utk kategori Perempuan Tahun 4 and Abang Long pulak mendapat tempat ketujuh kategori Lelaki Tahun 5. Hehehe.... Tak sangka lar pulak anak2 mama dapat hadiah. :)





Medal yang dimenangi Anis & Abang Long

Monday, January 19, 2009

Gambar2 Abang Long, Anis & Ammar


Sunday, January 18, 2009

Abang Long Jatuh Basikal


Semalam petang abang long jatuh basikal. Balik rumah dengan keadaan berdarah2 tangan and mulut bengkak. Cemas gak mama and tanya kenapa. Abang long cakap dia jatuh masuk longkang sebab nak mengelakkan dari terlanggar budak kecik. Mama cakap "Ni mesti abang long bawak laju ni!" Abg long jawap "mana ada!" Mama kenal sangat dah perangai anak mama. Mama tanya lagi betul ke ni jatuh longkang? teruk sangat macam kena cakar2 tangan tu. Mmg betul jatuh longkang sebab nak mengelak terlanggar budak and dia cakap ada dawai kat tepi longkang tu. Terkena dawai tu. Banyak sangat soalan mama lama2 menangis gak abang long. Sambil sapukan ubat gamat tanya lagi "betul ke abang long tak bawak laju? kalau bawak perlahan mesti boleh brek and mengelak orang lain. ni mesti bawak laju ni!" at last dia mengaku jugak! Nasib baik dia pakai seluar panjang. kalau tak mesti teruk jugak luka kat kaki. Lepas sapukan ubat gamat suruh dia pergi mandi and bersihkan badan. Then sapukan semula minyak gamat. Bibir atas yang teruk nampak luka and bengkak. Muncung je nampak mulut!

Wednesday, October 8, 2008

Azrul Hafiq



Name:
Azrul Hafiq bin Abd Ghaffar

Birth Date: 16 February 1998

My Favourite Colours: Blue and Black

My First School: Tadika Sri Ayu @ Taman Sri Gombak

My Primary School: Sek. Keb. Jalan 3 Bandar Baru Bangi / Tahfiz Ummah Bangi 3

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates