Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Smart Reader Kids Concert & Graduation Day 2009


Petang tadi Ammar ada Concert and Graduation @ ESSET KWSP. Started @ 2:00pm, tapi 12:30pm dah ada sana sebab Ammar needed to be there early as he was taking part in the concert. So... teachers nak siap and make-up semua budak2 yang took part.

Seronok tengok semua persembahan from all of those Smart Reader Kids. Really enjoyed them.

Ammar's class was performing Dikir Puteri (macam dikir barat jugak lar!!!) And rupa2nya Ammar pun dapat Best Achievement Award - hadiah tempat pertama dalam kelas dia... class S5.1 Seksyen 3 Centre.




Smart Reader Kids Concert & Graduation Day 2009

Ammar was performing Dikir Puteri

Ammar with his Best Achievement Award
(1st place in S5.1 Class Seksyen 3 Centre)



Monday, November 23, 2009

Ammar Masih Lagi Bersekolah...


Mama thought semua budak2 sekolah dah mula bercuti.... tapi rupa-rupanya Ammar masih lagi kena pergi sekolah.

Padan lar last 2 days ammar keep saying that dia cuti 2 hari aje. He meant that cuti Saturday and Sunday only. But mama keep telling him that semua orang dah start cuti sekolah. Ammar tak perlu pegi sekolah lagi.

Pagi tadi... bila his teacher (Teacher Lisa) came to fetch him up, Ammar was not ready and not even mandi pun lagi. (Teacher Lisa informed that they all belum cuti lagi. Start cuti on 12 December 2009) Ammar menangis sebab Teacher dia dah tinggal kan dia and he kept blaming mama.... "Ni Mama punya pasal lar ni! Ni Mama punya pasal lar ni. Ammar dah cakap Ammar sekolah. Tapi Mama tak percaya. Mama cakap Ammar cuti!! Kan teacher dah tinggalkan Ammar!" Uwaaaa.... Dia mandi sambil menangis dalam bilik air. Terpaksa lar mama pujuk dia and telling him that mama akan hantar dia sampai sekolah nanti. Baru lar dia diam.

Hehehe... macamana mama boleh tak tahu Ammar masih lagi sekolah sampai mid December? Any letter from sekolah dia pun tak dapat... macamana mama nak tahu!!!!



Wednesday, May 27, 2009

Kisah Ammar


Kisah: 'bin'

One day (few weeks ago), selepas mama balik kerja and duduk rehat sekejap... tiba2 ammar bersuara ...

Ammar: "Mama... nama ammar, Ammar Hafiy bin Abdul Ghaffar"

Mama: "Ya... pandai anak mama"

Ammar: "Tapi kenapa nama ammar ada 'bin'?"

Mama: "Nama abang long ngan baba pun ada 'bin' jugak macam ammar! Nama abang long... Azrul Hafiq 'bin' Abdul Ghaffar. Nama baba... Abdul Ghaffar 'bin' Abdul Rahman."

Ammar: "Tapi ammar tak nak ada 'tong sampah' kat nama ammar! (sambil merengek nak menangis)

Mama terkedu dengar. Then terus tergelak. Abang Long and kakak Anis yang ada sama ketika tu pun turut gelak mendengarkan jawapan dari ammar. To his knowledge 'bin' tu is 'tong sampah'. Which is true lar kan!

Terpaksa lar mama explained kat ammar apa dia 'bin'! Susah untuk dia terima. Then lastly mama terpaksa cakap nama ammar tak ada 'bin'. Nama dia is 'Ammar Hafiy Abdul Ghaffar' (without mentioned 'bin'). Baru dia puas hati dengar explaination mama.


Kisah: Myspace & E-Mail


Ammar: "Mama, Ammar nak myspace ngan e-mail"

Mama terkejut dengar lalu tanya dia semula "Hah! Ammar nak myspace ngan e-mail? Ammar tau ke apa tu myspace ngan e-mail? Ammar pandai ke guna?"

Ammar: "Ammar tau! Ammar pandai! Please.... please... please mama! Ammar nak myspace. Ammar nak e-mail!"

Lalu mama tanya lagi. "Kenapa ammar nak myspace ngan e-mail?"

Ammar: "Ammar nak main game Pet macam kakak anis ngan abang long!

Oooo padanlar dia sibuk nak myspace ngan e-mail. Sebab nak main game Pet. Kakak anis ngan abang long memang ada myspace. And nak login myspace tu kena guna e-mail address. kakak anis ngan abong long kerap login ke myspace untuk main game Pet.

Ni mesti abang long or kakak anis pernah mentioned kat ammar yang dia tak boleh main game Pet sebab dia tak de myspace ngan e-mail.

Adus.... macam2 hal lar pulak anak2 mama ni! Layannnn je lar kerenah depa!

Sunday, April 19, 2009

Parents-Teacher Meeting @ Smart Reader Kids


Yesterday morning ada Parents-Teacher Meeting di sekolah Ammar @ Smart Reader Kids Seksyen 3. Mama je yang pegi bawak Ammar & Anis sekali. Baba tak dapat pegi.

Ammar's performance kat sekolah... OK. Teachers sume puji dia. Mula2 masuk sekolah je dia asyik menangis and for 1st few weeks still tak boleh nak kenal huruf and lambat catched up. Tapi selepas tu... alhamdulillah he did well. Terlebih laju lar pulak! :D

Mama ingatkan nak amik few photos utk mama upload dalam blog ni... tapi bateri camera habis lar pulak!

Gambar ni je yang mama amik guna handphone mama!










Tuesday, April 14, 2009

Birthday Ammar 11 April 2009


Last Saturday 11 April 2009 was birthday Ammar yang ke-5. On Sunday buat jamuan makan sket di rumah Wan Jah to celebrate birthday Ammar and Naufal Nafiq (sepupu Ammar). Birthday Naqib is on this coming Saturday 18 April 2009.

Home-made chocolate cakes for Ammar (batman) and Naqib (Ben-10).


These are only photos taken on last sunday. (tiba2 pulak camera was not functioning!!)

Dishes for family members!! (Left) Icha & Kakak Anis (Right)

Birthdays...


13 April 2009.... It was yesterday!!!! Yes... yesterday was my darling's birthday! And last Saturday 11 April 2009... was my youngest son's birthday.

Happy Birthday to my dearest hubby and son...

zwani.com myspace graphic comments

and tomorrow (15 April) is my nephew's birthday. Happy Birthday to Zaki Asyraf too! You are now 17!!!


Sunday, March 1, 2009

Futsal Karnival Palestine 2009


Pagi tadi Abang Long ada game futsal sempena Karnival Palestine 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 (Jiran Bangi Perdana). Mama pun dah tengahari baru boleh pegi tengok Abang Long (sebab kena settle kan dulu apa2 yang patut di rumah). Mama bawak Anis and Ammar. Sampai2 kat padang.... punya lar ramai yang took part. Abang Long pakai baju merah. Budak2 yang pakai baju merah pun ramai. Macamana nak cari?? Last2 nampak abang long datang kat mama. 1st game dah over... SERI. So tunggu untuk satu game lagi. Tak sure kul berapa nak start.
Dah lar hari panas terik, so mama decided tak nak tunggu. Nak bawak anis and ammar pegi lunch di Restoran Cempaka @ Kompleks PKNS. So pesan kat abang long bila dah habis game call mama. And mama just beli aje lunch untuk abang long. At Komplek PKNS rupanya hari ni last day pesta buku kompleks PKNS. After we had lunch just pusing2 je lar sekejap layan ammar tengok buku itu buku ini.
At 1.15pm Abang Long called. Game dah over. He's on the way cycling back home. Team Abang Long JOHAN untuk Kategori Bawah 11 Tahun. Berbaloi lar penat2 bermain bawah panas.

Abang Long dengan muka penat posing dengan hadiah yang dimenangi!

Ni pulak Ammar tengah enjoy makan ais-krim @ Restoran Cempaka Komplek PKNS. Emmm...yummy!! Tapi separuh pun tak habis dia makan. At last Mama jugak yang terpaksa menghabiskannya! :D

Saturday, January 24, 2009

Ammar Demam


2 days ammar didn't go to school due to fever. This morning Teacher Nurul called my hp and asked me to come to school to collect ammar's homework during this school holiday (Sat 24/1 - Wed 28/1). On the way backed home from work (mama pagi tadi keje 1/2 day aje) mama went to ammar's school to collect ammar's homework. Mama sampai rumah ammar bersemangat lar pulak nak habiskan homework! :D
Ammar was doing his homework (tak nampak macam orang demam pun!!!)

Wednesday, January 21, 2009

Ammar with School Uniform


Ammar with his school uniform. Nearly 2 weeks ammar sekolah baru pakai school uniform. Just got it yesterday. So this morning baru pakai. Sempat lagi mama snap gambar before pergi kerja. :)


Monday, January 19, 2009

Gambar2 Abang Long, Anis & Ammar


Saturday, January 17, 2009

Ammar @ Smart Reader Kids


12 Jan: 1st Day Ammar @ Smart Reader Kids.

Mama ambil cuti lagi 2 hari (12-13 Jan). Awal2 tahun lagi dah banyak hari dah take leave. Apa nak buat.... demi anak! :)

Nearly 9.00am went to the Smart Reader Kids Seksyen 3. Sampai sana... the teachers nicely greeted Ammar and other students yang coming. "Hellloooo.... good mooorninggg!!!" Class started at 9am. The students were singing "a...e...i...o...u" before going into their own classroom. Mama paid the registration fees and whatever need to be paid for new student. Ammar menangis jugak!!! "Ammar nak mama..." "Ammar nak mama..." but i just let him be in the class and let the teacher handled him. After all I was confident that the teachers in the Smart Reader will treat him nicely. And of course akan pujuk dia. I don't think they will separate him from others just because he was crying (like what Al-Haziq did!).

At noon fetched him up. Nampak Ammar happy je... "Bye teacher. Thank you teacher. See you tomorrow!" Mama senyum je dengar! The teacher told me that lama gak dia menangis nak mama... tapi lama2 dia diam. Ok je. Dia baik je dalam kelas. Alhamdulillah.... lega mama dengar. Bila tanya ammar nak pegi school lagi tak... laju je jawap "nak!" :)


13 Jan: 2nd day.

Mama didn't send him to school. Tapi teacher datang ambil pegi dan balik. Bila teacher datang at 8.10am dia tak nak pegi sekolah pulak. Bila mama open pintu kereta teacher, ammar turned around and berlari nak masuk rumah. Terpaksa mama kejar and dukung dia masuk kereta. Meronta2 dia menangis. Melompat2 dalam kereta teacher. Terpaksa teacher pujuk elok2. At last before kete jalan dia nak cakap ngan mama. "mama nanti datang sekolah ammar tau" mama "iye" aje lar.

12.00pm mama dah tunggu ammar balik sekolah. 12.15 baru sampai. This time teacher lisa pulak hantar balik. Elok baik aje ammar. Teacher cakap menangis dalam kereta je pagi tadi. Sampai school tak menangis dah. Alhamdulillah Ammar dah ok dah ke sekolah! Tak perlu risau lagi dah!


14 Jan: 3rd day.

Mama hari ni terpaksa masuk office lewat coz nak settle kan ammar dulu. Adus... menangis lagi nak pegi skolah pagi ni. Kali ni tak nak bangun langsung jalan. Terpaksa angkat dia (dia tgh baring tengok tv sambil minum susu) and hantar masuk kereta. Meronta2 lagi. Aduh anak mama sorang ni. Kakak ngan abang long masa time kindergarten dulu tak de masalah pun. Seronok je diaorang pegi sekolah. Ammar ni lain pulak pesen nya! Nak tak nak kena paksa jugak pegi sekolah. Tak kan nak ikutkan aje tak ke sekolah. Insyaallah lama2 nanti ok lar tu. Teacher Ida pun assured me that sikit hari lagi nanti ok lar tu.

15 Jan: 4th day.

ALHAMDULILLAH everything's fine. Ammar willingly naik kereta teacher ida to school. Senang hati nak tinggalkan dia ngan wan utk naikkan dia ke kereta to school. Dah tak ad episode menangis2 and meronta2 tak nak ke sekolah! Hehehe! Kalau dia dah besar nanti and ceritakan kat dia semula... sure dia gelak punya!

Wednesday, October 8, 2008

Ammar Hafiy




Name: Ammar Hafiy bin Abd Ghaffar

Birth Date: 11 April 2004

My First School: Smart Reader Kids @ Seksyen3 Bandar Baru Bangi

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates