Showing posts with label Anis. Show all posts
Showing posts with label Anis. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

My Sunday Activity


Morning.... I went to my daughter's Hari Penyampaian Hadiah untuk sekolah agama dia... Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi. Click ::: All About My Kids ::: to read more.

Anis sedang menerima hadiah...

Petang.... I baked some orange muffins. Resepi di ambil dari blog Zieha. Sedap jugak kek/muffin yang dibuat dari resepi tu.... lembut aje keknya...but I think next time I need to modify a bit to make it lebih sedap. :D Anyway... thank you Zieha for sharing the recipe.

Orange Muffins...

Lepas dah siap buat orange muffins .... buat spaghetti bolognese pulak! Petang ni anak2 sedara nak datang rumah. Awal2 lagi depa dah 'order' dari mokcu depa ni untuk buatkan spaghetti.

Spaghetti Bolognese...



Hari Penyampaian Hadiah Kelas Tahfiz Ummah


Pagi tadi mama menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Hadiah Kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi di Masjid UNITEN. Alhamdulillah... empat tahun berturut-turut Anis masih lagi berjaya mengekalkan prestasi akademiknya (Tempat Petama) di Sekolah Agama Tahfiz Ummah Bangi 3.

Di Majlis kali ni, Anis bukan sahaja menerima hadiah tempat pertama, malah membuat persembahan nasyid mewakili Sekolah Tahfiz Ummah Bangi 3 kerana menjadi Johan Pertandingan Nasyid pada Majlis Ihtifal pada bulan Julai yang lalu. Baca entri sebelum ini Anis Johan Nasyid.



Friday, November 20, 2009

Hari Penyampaian Hadiah SKJalan3


Pertama kali mama pergi menghadirkan diri di Hari Anugerah Pelajar di SKJalan3 was 3 years back. Masa tu Anis dalam Tahun 1. Bila dia Tahun 2 dan Tahun 3, mama tak pergi pun walaupun Anis ada menerima hadiah waktu tu. Alhamdulillah tahun ni Anis masih lagi mengekalkan kedudukan pertama di dalam kelasnya. And... kali ni mama pergi .... atas permintaaan Anis juga. Walaupun tak wajib untuk parents turut serta, tapi digalakkan datang.
Apart from mendapat tempat pertama di dalam kelas Tahun 4 Kenanga, Anis juga berjaya menerima hadiah untuk pelajar terbaik subjek Bahasa Inggeris (Tahun 4).


Gambar-gambar Anis dan Abang Long di Hari Anugerah Cemerlang SK Jalan 3. Anis terima hadiah tapi Abang Long cuma jadi penonton aje! :)



Thursday, August 27, 2009

Happy Birthday Anis





Happy 10th Birthday to my daughter....
Anis Farhanah


Click here to read more or visit ::: All About My Kids :::

Happy Birthday Anis


Today.... 27 August 2009 is mama's one and only girls's birthday.

HAPPY BIRTHDAY ANIS.





Anak pompuan mama sorang ni dilahirkan pada 27 Ogos 1999 @ 4:50pm di Pusat Rawatan Putra Bukit Rahman Putra Sungai Buluh Selangor.Mama ingat lagi... waktu tu hari Jumaat. Sepatutnya mama pergi jumpa doctor untuk buat check-up pada hari sebelumnya.... Khamis 26 Ogos 1999. Mama tak ingat sebab apa tak dapat pergi on that day. So, baba pun bawak mama pergi jumpa doctor on Friday 27 Ogos tu. Pagi tu mama masuk ofis lewat. Lepas check-up nanti baru masuk ofis. Sebelum pegi klinik tu mama sempat lar beli nasi lemak sebungkus untuk breakfast. Ingatkan nak makan bila sampai ofis nanti. Kalau tak silap mama 27 Ogos tu memang due date mama. Bila jumpa doctor, doctor pun check pintu rahim. Doctor cakap pintu rahim dah buka 4cm... so mama kena tahan masuk ward. Mama siap mintak permission kat doctor untuk masuk ofis dulu sbb kalau tak silap mama masih ada kerja yang belum diselesaikan lagi sebelum went for maternity leave on that time. Of course doctor tak benarkan. Dia kata bila2 masa je lagi kamu akan bersalin. Apa2 hal nanti terjadi pada kamu, siapa nak bertanggungjawap? Mama siap bagi tahu doctor tu.... "Tapi saya tak rasa sakit pun doctor!" (Hehehe! Ada hati nak masuk ofis gak tu!) Doctor tetap tak benarkan. Mama terpaksa akur ngan arahan doctor.

Bila dah duduk dalam bilik ward, mama ingatkan nak makan nasi lemak bungkus yang dah dibeli tu tapi tak dibenarkan sebab mama dah kena puasa. So nurse pun bawa kan air milo secawan untuk alas perut. Selepas tu mama tak berapa ingat sangat dah! Tapi yang ingat sebelum doctor pegi sembahyang jumaat, doctor pecahkan ari ketuban kot.

Than selepas waktu sembahyang jumaat around 3pm ++ mama mula rasa sakit nak bersalin. Mula2 sikit... lama2 makin sakit. Dah sakit sangat tu baru bawak masuk labour room. Mama ingat lagi... masa dalam labour room tu, kat luar hujan turun ngan lebat sangat. Dengan guruh berdentum2. Akhirnya pukul 4:50 petang selamat mama melahirkan anak perempuan mama yang akhirnya diberi nama Anis Farhanah. Selepas melahirkan, sempat lagi doctor bergurau.... "Hah! Senang pun kamu bersalin! Lepas ni boleh tambah sorang lagi!" Adus... doc... sakit nak mengeluarkan baby tak hilang lagi dah suruh aku tambah lagi ke? Aku senyum tawar aje lar sebab badan dah lemah and keletihan meneran keluar baby girl yang seberat 3.7kg tu!

Malam tu di klinik bersalin tu, mama tak tidur nyenyak pun sebab kejap2 dikejutkan dengan bunyi tangisan baby. Baby siapa lar agaknya yang menangis tu! The next morning, mama gagahkan jalan ke kaunter nurse and niat hati nak tengok baby. Nampak ada few babies. Nurse tu cakap ada 5 orang babies semuanya. Mama tanya lagi kat nurse, baby yang mana syik menangis aje malam tadi. Nurse tu jawap: "Baby yang ini (sambil dia tunjuk dekat baby dalam selimut pink) Mentang2 lar dia sorang aje baby girl kat dalam ni!" Alamak anak mama ke yang asyik menangis aje malam tadi? Hehehe then mama pun cakap lar "Anak saya lar tu nurse. anak saya girl!".

Itu lah kisah pengalaman mama melahirkan Anis. Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang, Anis tak banyak menimbulkan masalah. Yang mama paling ingat kalau dibandingkan ngan Abang Long dia.... (yang cuma beza setahun setengah aje), Anis ni progress dia cepat. Cepat merangkak, cepat duduk, cepat bercakap and mama paling ingat umur baru 11 bulan dah boleh berjalan!

So selebihnya.... tengok aje lar gambar2 Anis dari kecil hingga lar sekarang!



Thursday, July 23, 2009

Anis Khatam Al-Quran


Last Friday (17 July 2009) Anis telah khatam membaca Al-Quran di sekolah agama dia ... Tahfiz Ummah Taman Bangi 3.

Mama ingatkan next week nak buat pulut kuning untuk dia and bagi bawak ke sekolah dia and makan sama2 ustazah and kawan2 kelas. Tapi dia tak nak buat lambat2. Dia nak buat cepat2 jugak. Last2 dia mintak mama buatkan coklat aje untuk diberi kepada kawan2 kelas & ustazah sempena dia telah khatam al-Quran. Mama ikutkan aje lar permintaan dia.

So mama pun terpaksa lar pulun membuat chocolates on Monday night sebab dia nak bawak ke sekolah on Tuesday (21 July 2009).

Tengok aje lar gambar2 kat bawah ni ye!!!


Ini coklat from Anis untuk ustazah....


Yang ini pulak coklat from Anis untuk classmates.... Oreo Chocs (1pc/box) & Praline chocs (2pcs/box)


Sunday, July 19, 2009

Anis Johan Nasyid



As usual.... every year Kelas Tahfiz Ummah, Bandar Baru Bangi akan mengadakan Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah. This year acara ni di adakan pada pagi tadi di Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS) @ Sg Merab. Selalunya buat di UKM tapi kali ni bertukar tempat pulak.

Anis masuk acara Nasyid mewakili sekolah Tahfiz Bangi 3. Alhamdulillah this year they all Johan (for the 1st time since caw. Tahfiz Bangi 3 dibuka 5 years ago!). Tapi for overall untuk Majlis Ihtifal kali ke-15 ni Tahfiz Ummah Bangi 3 dapat tempat ke-5 aje (out of 10 Tahfiz Ummah sekitar Bdr. Baru Bangi).


Wednesday, April 15, 2009

About My Family - written by Anis


Tadi before Anis and Abang Long pergi English Tuition @ Smart Reader, Anis sempat tunjukkan dekat Mama composition About My Family yang dia dah buat. I read it and smiled! Her teacher marked it and put "Excellent". That's the reason dia beriya2 tunjukkan kat mama.

This is what she wrote...

Saturday, March 28, 2009

Afiq Johan... Anis Johan


Pagi tadi sukan tahunan SKJalan3. Anis masuk acara 4x200m and 4x100m (P) Tahun 4 (Rumah Biru). Abang Long pulak acara 4x100m (L) Tahun 5 (Rumah Merah). Alhamdulillah sume acara JOHAN!

Abang Long and Anis after terima hadiah masing2

Hari ni pun di SMTTDI KL, Nuar terima hadiah (Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum) sempena Hari Anugerah Cemerlang Sek Men Tmn Tun Dr Ismail. CONGRATULATION!

Zaim Anwar - Anugerah PIBG Lestari Kokurikulum


My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates