
Salam Semua.
Semua sedia maklum....Syaaban akan berakhir dan melabuhkan tirainya dan pastinya Ramadhan Al-Mubarak akan menemui kita semua dalam masa 2 hari lagi. Bulan Ramadhan sudah pastinya bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam semua kerana bulan Ramadhan adalah merupakan bulan penuh keberkatan dan kita sebagai umat Islam pastinya akan berlumba2 untuk mengambil manfaat dari bulan ini.
Selain kawajipan berpuasa yang difardhukan ke atas kita semua sebagai umat Islam, terdapat banyak kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini... antaranya:-
- Bulan Keampunan
- Bulan penuh keberkatan
- Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Amalan sunat sama dengan solat fardhu
- Memberi buka banyak pahala
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.
- Bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. (Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan adalah lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain)
- Bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur
Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t dan semoga kita tergolong di dalam golongan yang akan mendapat limpahan keberkatan dariNya. Amin!
Selamat Menyambut Ramadhan
dan
Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua.






