Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan




Salam Semua.

Semua sedia maklum....Syaaban akan berakhir dan melabuhkan tirainya dan pastinya Ramadhan Al-Mubarak akan menemui kita semua dalam masa 2 hari lagi. Bulan Ramadhan sudah pastinya bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam semua kerana bulan Ramadhan adalah merupakan bulan penuh keberkatan dan kita sebagai umat Islam pastinya akan berlumba2 untuk mengambil manfaat dari bulan ini.

Selain kawajipan berpuasa yang difardhukan ke atas kita semua sebagai umat Islam, terdapat banyak kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini... antaranya:-
  • Bulan Keampunan
  • Bulan penuh keberkatan
  • Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan menambah rezeki
  • Amalan sunat sama dengan solat fardhu
  • Memberi buka banyak pahala
  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.
  • Bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. (Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan adalah lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain)
  • Bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t dan semoga kita tergolong di dalam golongan yang akan mendapat limpahan keberkatan dariNya. Amin!

Selamat Menyambut Ramadhan
dan
Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua.



3 comments:

yatie chomeyl on August 20, 2009 at 11:15 PM said...

selamat berpuasa akak. se,oga ramadhana kali ni lebih baik dari ramadhan sebelum ini

Unknown on August 22, 2009 at 12:20 AM said...

selamat menyambut Ramadhan almubarak kakhas..
baru td tengok semanis kurma.. meng'refresh' semula buku nota tentang ramadhan.. thanks for sharing..

anis dah khatam quran ya kakhas.. tahniah.. sekolah rendah dah khatam.. adik saya yg tahun 6 tu mengaji pun merangkak2... saya dulu dah 2,3 kali khatam..

MyHasla on August 25, 2009 at 12:00 AM said...

salam yatie... salam kakyong

ya... diharapkan ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates