Showing posts with label Sihir. Show all posts
Showing posts with label Sihir. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

Ada orang hantar ni...


Siang tadi, after I had my lunch kat office, my mother called me at about 1.15pm. Dia bagi tahu tiba2 kaki dia sakit. Masa tu dia sedang duduk di atas sofa sementara menunggu anak2 aku balik dari sekolah. Menurut emak, kaki dia tiba2 rasa sakit sikit2 dan lama kelamaan makin sakit hingga menggeletek kesakitan.

Dalam hati aku terdetik... "isk kenapa pulak mak ni! macam ada yang tak kena aje! takkan lar duduk saje pun boleh sakit tiba2. Mak bukannya ada penyakit apa2 pun!". Tapi memang betul... alhamdulillah dalam keadaan seorang yang berumur 74 tahun, mak boleh dikategorikan seorang yang sihat! Masih mampu melakukan kerja rumah dengan baik, and kadang2 boleh berjalan kaki pergi ke kedai (without my knowledge of course! sebab dia tahu, kalau anak dia ni tahu mesti bising punya. Bukannya apa...Kita bimbang keselamatan dia je. Tapi dia tak peduli pun! Tu sebab dia pergi senyap2!)

Ok... balik pada citer mak sakit kaki! After mak called me, aku terus called my sister. Rupanya dia ada di Hospital Putrajaya. Aku minta kak ngah pegi ke rumah aku secepat yang mungkin untuk tengokkan keadaan mak aku.

Menjelang balik kerja, sesekali aku talipon ke rumah. Kak ngah dah datang rumah aku dan bawa sekali anaknya Athira untuk temankan and look after my mother.

Di pendekkan cerita, malam selepas waktu isyak, aku bawa mak pergi jumpa seorang ustaz. Lebih kurang 1/2 jam jugak ustaz tu berzikir. Menurut ustaz tu, my mother terkena perbuatan sihir. "Ada orang hantar ni!" katanya.

Kenapa masih ada orang yang melakukan sihir? Tak takut kah mereka kepada Allah? Tak takutkah mereka kepada balasan Allah di akhirat nanti? Masih ada yang ingin berkawan dan bersahabat dengan syaitan laknatullah! Nauzubillah...

Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas ustaz tu berzikir selama lebih kurang 1/2 jam tu, kaki mak aku semakin kurang sakitnya. Jalan pun dah tak macam orang sakit kaki berjalan. Walaupun masih ada terasa sikit2, tapi tak seteruk mula2 datang jumpa ustaz tu.


My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates