Anak pompuan mama sorang ni dilahirkan pada
27 Ogos 1999 @
4:50pm di Pusat Rawatan Putra Bukit Rahman Putra Sungai Buluh Selangor.Mama ingat lagi... waktu tu hari Jumaat. Sepatutnya mama pergi jumpa doctor untuk buat check-up pada hari sebelumnya.... Khamis 26 Ogos 1999. Mama tak ingat sebab apa tak dapat pergi on that day. So, baba pun bawak mama pergi jumpa doctor on Friday 27 Ogos tu. Pagi tu mama masuk ofis lewat. Lepas check-up nanti baru masuk ofis. Sebelum pegi klinik tu mama sempat lar beli nasi lemak sebungkus untuk breakfast. Ingatkan nak makan bila sampai ofis nanti. Kalau tak silap mama 27 Ogos tu memang due date mama. Bila jumpa doctor, doctor pun check pintu rahim. Doctor cakap pintu rahim dah buka 4cm... so mama kena tahan masuk ward. Mama siap mintak permission kat doctor untuk masuk ofis dulu sbb kalau tak silap mama masih ada kerja yang belum diselesaikan lagi sebelum went for maternity leave on that time. Of course doctor tak benarkan. Dia kata bila2 masa je lagi kamu akan bersalin. Apa2 hal nanti terjadi pada kamu, siapa nak bertanggungjawap? Mama siap bagi tahu doctor tu.... "Tapi saya tak rasa sakit pun doctor!" (
Hehehe! Ada hati nak masuk ofis gak tu!) Doctor tetap tak benarkan. Mama terpaksa akur ngan arahan doctor.
Bila dah duduk dalam bilik ward, mama ingatkan nak makan nasi lemak bungkus yang dah dibeli tu tapi tak dibenarkan sebab mama dah kena puasa. So nurse pun bawa kan air milo secawan untuk alas perut. Selepas tu mama tak berapa ingat sangat dah! Tapi yang ingat sebelum doctor pegi sembahyang jumaat, doctor pecahkan ari ketuban kot.
Than selepas waktu sembahyang jumaat around 3pm ++ mama mula rasa sakit nak bersalin. Mula2 sikit... lama2 makin sakit. Dah sakit sangat tu baru bawak masuk labour room. Mama ingat lagi... masa dalam labour room tu, kat luar hujan turun ngan lebat sangat. Dengan guruh berdentum2. Akhirnya pukul
4:50 petang selamat mama melahirkan anak perempuan mama yang akhirnya diberi nama
Anis Farhanah. Selepas melahirkan, sempat lagi doctor bergurau.... "Hah! Senang pun kamu bersalin! Lepas ni boleh tambah sorang lagi!" Adus... doc... sakit nak mengeluarkan baby tak hilang lagi dah suruh aku tambah lagi ke? Aku senyum tawar aje lar sebab badan dah lemah and keletihan meneran keluar baby girl yang seberat
3.7kg tu!
Malam tu di klinik bersalin tu, mama tak tidur nyenyak pun sebab kejap2 dikejutkan dengan bunyi tangisan baby. Baby siapa lar agaknya yang menangis tu! The next morning, mama gagahkan jalan ke kaunter nurse and niat hati nak tengok baby. Nampak ada few babies. Nurse tu cakap ada 5 orang babies semuanya. Mama tanya lagi kat nurse, baby yang mana syik menangis aje malam tadi. Nurse tu jawap: "Baby yang ini (
sambil dia tunjuk dekat baby dalam selimut pink) Mentang2 lar dia sorang aje baby girl kat dalam ni!" Alamak anak mama ke yang asyik menangis aje malam tadi? Hehehe then mama pun cakap lar "Anak saya lar tu nurse. anak saya girl!".
Itu lah kisah pengalaman mama melahirkan Anis. Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang, Anis tak banyak menimbulkan masalah. Yang mama paling ingat kalau dibandingkan ngan Abang Long dia.... (yang cuma beza setahun setengah aje), Anis ni progress dia cepat. Cepat merangkak, cepat duduk, cepat bercakap and mama paling ingat umur baru
11 bulan dah boleh berjalan!
So selebihnya.... tengok aje lar gambar2 Anis dari kecil hingga lar sekarang!


