Rasanya masih belum terlambat untuk daku ucapkan pada semua.....
Salam AidilFitri
dan
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
dan
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
Sudah terlalu lama daku tinggalkan blogku ini bersawang begitu saja tanpa update apa2. Dua minggu terakhir puasa merupakan hari2 yang sibuk bagi diriku. Tambahan pula daku ada mengambil order coklat sempena hari raya. Walaupun tempahan yang diterima tidaklah terlalu banyak tetapi sudah cukup membuatkan diriku tidak 'menang tangan' untuk menyiapkannya. Siang hari aku bekerja... so waktu malam saje yang aku free untuk aktiviti membuat coklat seorang diri. Mana lar nak sempat berblogging!
Last week Friday 18 Sept 2009 aku dah mula cuti raya. Terpaksa ambil cuti awal sebab nak buat last minute shopping. Husband pun mula cuti on the same day. Hari Khamis malam dia dah sampai dari JB. So... on Friday tu lar baru kami nak shopping cari baju raya anak2.
Hari Jumaat tu kami berbuka puasa di rumah my MIL's house. Malam tu on the way back home ingatkan nak singgah di jalan TAR untuk cari baju melayu untuk my sons.... tapi mak ai! Nak masuk jalan TAR ikut Chow Kit pun dah stucked. So terpaksa batalkan aje niat kami tu dan terus balik b.b.bangi. Nampaknya terpaksa lar keluar shopping lagi the next day.
Finally hari Sabtu petang dapat beli baju melayu untuk anak2 ku. Tak perlu pegi cari jauh2... beli di PKNS B.B.Bangi aje.
Ini lar gara2 last minute shopping. Nasib baik dapat gak size. Asalnya nak beli warna biru.... tapi disebabkan tak ada size untuk salah seorang... so tukar kaler oren. Not bad jugak warna Oren. :)
Aku cuti raya tak lama pun. Hari Rabu dah mula masuk kerja. Hubby pun hari Khamis dah balik semula ke JB. Niat hati memang nak amik cuti lama... tapi disebabkan cuti tak cukup (hehehe!) so masuk aje lar kerja.
Kepada semua....................
Semoga bergembira berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung halaman.
Hujung minggu ni masing2 dah mula balik dari kampung masing2. Next week dah mula bekerja dan anak2 pun dah mula masuk sekolah. So.... berhati2 di jalan raya and Have a safe journey back home. Kembali menjadi warga kota dan meneruskan rutin kehidupan harian seperti biasa.... Semoga dipermudahkan segala urusan.






