9.00am tadi aku turun dari office menuju florist @ ground floor. 2 days ago I ordered hand bouquet flowers + few Ferrero Roche chocolates to be sent to Nor this morning. So... I went to the florist to make payment for the flowers and attached the Birthday Card that I made myself :D. And of course snapped few photos of the flowers! Aku puas hati dengan bunga yang dipilih!
The flowers is not for her birthday present alone... but for our 25 years of FRIENDSHIP as well!
Naik semula ke office I sms ed Nor just to make sure dia mmg ada kat office today. This morning dia masuk office lewat coz pegi service kereta dia dulu. Ok.. fine! Lega dengar. :)
After lunch, nearly 3.00 pm... Nor called me. Dia dah terima bunga tu... and was so happy. And so touched by my thoughts! Alhamdulillah she loved my gift! That's all matters.
Okay that's about the happy news. Now... about the sad news....
This morning (about 9.30am) received an e-mail from ex-schoolmate...
Dengan sedih hati saya ingin maklumkan kepada semua rakan2 TDK 84 tentang keadaan kesihatan isteri Zaihariyem yang berada dalam keadaan kritikal. Pada waktu ini mereka sedang berada di Hospital Kanser Nilai tetapi setelah berbincang dengan doktor, Yem telah membuat keputusan utk membawa isterinya pulang pada tengahari ini. (16 April).Kepada semua yang ingin berhubung dengan Yem sila hantar SMS ( panggilan tidak digalakkan) pada nombor 017 xxxxxx.
Pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa kepada Yem dan keluarganya di saat-saat yang kritikal ini. TQ.
Zulfakar.
Shocked by the news... tertanya jugak... selama ni tak pernah dengar pun wife Yem sakit! Or mungkin aku sorang je yang tak tau kot!
Teringat jugak... last year masa Hari Raya open house di rumah Major (my ex-school mate jugak!) di Seremban, aku berkesempatan jumpa dan kenal dengan Yem's wife.. for the first time. Kurus dan tinggi lampai orangnya. Sesuai lar dengan yem yang sememangnya tinggi orangnya! Anak2 yem 3 orang... all boys. That time nampak wife yem tegas and garang ngan anak2nya. Dalam hati aku berkata... macam aku jugak wife yem ni... garang ngan anak2! Mana tak nya 3 boys. Aku yang ada 2 boys and 1 girl ni pun pening kepala. Memanjang lar jadi tarzan kat rumah! hahaha! That time sempat lar berborak2 dengan dia (sorry... i can't remember her name!) and wife major. She's a nice lady.
Ok... balik semula pada cerita tadi. Sebelah petang pula, selepas aku solat Asar, I saw an e-mail message titled Re: [Terendak84] Zaihariyem. Updateb 1640 pm. from Zulfakar.
Dukacital dimaklumkan yang isteri kawan baik kita, Zaihariyem telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 15 minit yang lalu.
Al- Fatihah.
Innalillahiwainnaillaihirojiun...
Terkedu and sedih dengar berita tersebut.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Semoga Yem dan keluarga tenang dan tabah menghadapinya...
Berita sedih ni juga mengingatkan aku pada arwah kakak aku yang meninggal dunia pada March 2002. Arwah along meninggal dunia due to breast cancer. Few weeks before dia meninggal memang sedih menengokkan keadaan dia yang suffered melawan penyakit kanser. Arwah pergi dengan tenang dan menghembuskan nafas terakhir bersama dengan sedutan gas terakhir dari tangki oxygen yang digunakan ketika itu. Al-Fatihah untuk arwah Along.






2 comments:
salam kakHas,
sampaikan salam takziah saya pada abg Yem.. i recall his name, tapi ruper tu mcm dah tak brp nak ingat..
Bib.... Insyaallah k.has akan sampaikan salam takziah pada abg. yem. kalau rasa2 nak ingat yg mana satu dia... try lar cari gambar dia majalah Fajar! :) Dia homeroom Betelgeuse.
Post a Comment