Dua atau 3 hari lepas... di waktu malam sambil menghadap komputer buruk ku ini, aku sambil mendengar dan melihat AstroPrima. Ketika itu rancangan Anjakan Paradigma oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah sedang ke udara. Tajuknya
BILA HABIS JODOH. Ku sempat menonton beberapa minit sahaja. Sempat juga aku salin beberapa point tentang tajuk yang disampaikan dan dibincangkan oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah itu.
Apa yang dirumuskan oleh beliau ialah, apabila Habis Jodoh seseorang itu...... (bermakna seseorang yang telah bercerai hidup)....
Seseorang wanita itu hendaklah
mengubah paradigma tentang dirinya sendiri. Bermakna sentiasa berfikir bahawa ada hikmah dan kebaikan tersembunyi akibat dari perceraian dan keruntuhan rumahtangga yang berlaku ke atas dirinya.
Seseorang wanita itu juga hendaklah
berubah ke arah kebaikan dan menjadi '
Orang Baru' dan haruslah sentiasa rapatkan diri dengan Allah kerana sesungguhnya... apabila kita rapat dan mengingati Allah, Allah akan rapat dengan kita juga. Dengan erti kata lain dalam apa hal sekali pun kita hendaklah sentiasa berpatah balik kepada Allah swt.
Jika berlaku keruntuhan rumahtangga, seboleh-bolehnya hendaklah pasangan itu
bercerai secara baik. Kepada kaum wanita, jadikanlah bekas suami anda sebagai kawan atau rakan baik anda... Ini adalah penting supaya emosi anak-anak tidak terganggu dan penting dalam mendidik anak2. Ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak2.
Dato' Dr Fadzilah Kamsah juga menyarankan supaya kaum ibu tunggal
mencari kumpulan sokongan untuk membantu mereka membina kekuatan emosi dan juga sebagai moral support. Kumpulan sokongan yang dimaksudkan seperti persatuan ibu tunggal, menyertai kumpulan mengaji al-quran, dan sebagainya.
Kaum wanita yang telah habis jodoh dengan suaminya digalakkan sentiasa
berfikiran terbuka (think positive) dan berpandangan jauh.... sentiasa berfikir cara baik, redha dengan apa yang berlaku dan sentiasa berusaha dan berikhtiar umtuk perbaiki diri sendiri demi kehidupan sendiri dan anak2. Sentiasa ingat bahawa rezeki anak2 tidak akan terputus selagi ibu dan ayah mereka masih ada.
Dan akhir sekali ILMU. Hendaklah sentiasa berusaha untuk terus
mencari dan menimba ILMU selagi hayat dikandung badan. Be it ILMU tentang agama, dunia dan akhirat, ilmu tentang kehidupan, cara-cara untuk menambah pendapatan dan rezeki dan bermacam-macam ilmu yang baik.
Dan yang penting.... sentiasa banyak redha.... redha dengan apa yang berlaku... redha segala2nya.... kerana ALLAH swt yang telah menentukan segala2nya.
