Monday, November 23, 2009

Project Mega Blogger: Care For KakYong


Kempen ni dilancarkan oleh Siti Sifir untuk membantu KakYong untuk mendapatkan notebook baru bagi membolehkan KakYong meneruskan bisnes online dan kerja sambilan (accounting) yang dilakukan oleh beliau. (*note: laptop kak yong telah rosak hampir 2 bulan yang lalu)

Kepada sesiapa yang prihatin.... boleh lah membantu dengan memberi sumbangan seperti yang tertera di bawah.

(Entry di bawah ni di copy dari blog Siti Sifir)


*****************************************

PENGENALAN
Kakyong72

* adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
* ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
* bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
* menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
* Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
* Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.

Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?

* kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
* jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
* kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan

Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??

* Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 920
Baki Sasaran : RM 180
Jumlah Penderma : 28 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 35
Jumlah Penderma : 2 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 3 orang
Penderma RM 50 : 1 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 3 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 14 orang
Penderma RM 5 : 1 orang

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:

1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Sasaran :

* Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
* Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
* Mereka yang peduli

Cadangan kepada sasaran :

* Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
* Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
* Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.

Faedah :

* Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
* Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
* Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P

Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).

Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.


Sunday, November 22, 2009

My Sunday Activity


Morning.... I went to my daughter's Hari Penyampaian Hadiah untuk sekolah agama dia... Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi. Click ::: All About My Kids ::: to read more.

Anis sedang menerima hadiah...

Petang.... I baked some orange muffins. Resepi di ambil dari blog Zieha. Sedap jugak kek/muffin yang dibuat dari resepi tu.... lembut aje keknya...but I think next time I need to modify a bit to make it lebih sedap. :D Anyway... thank you Zieha for sharing the recipe.

Orange Muffins...

Lepas dah siap buat orange muffins .... buat spaghetti bolognese pulak! Petang ni anak2 sedara nak datang rumah. Awal2 lagi depa dah 'order' dari mokcu depa ni untuk buatkan spaghetti.

Spaghetti Bolognese...



Hari Penyampaian Hadiah Kelas Tahfiz Ummah


Pagi tadi mama menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Hadiah Kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi di Masjid UNITEN. Alhamdulillah... empat tahun berturut-turut Anis masih lagi berjaya mengekalkan prestasi akademiknya (Tempat Petama) di Sekolah Agama Tahfiz Ummah Bangi 3.

Di Majlis kali ni, Anis bukan sahaja menerima hadiah tempat pertama, malah membuat persembahan nasyid mewakili Sekolah Tahfiz Ummah Bangi 3 kerana menjadi Johan Pertandingan Nasyid pada Majlis Ihtifal pada bulan Julai yang lalu. Baca entri sebelum ini Anis Johan Nasyid.



Friday, November 20, 2009

Hari Penyampaian Hadiah SKJalan3


Pertama kali mama pergi menghadirkan diri di Hari Anugerah Pelajar di SKJalan3 was 3 years back. Masa tu Anis dalam Tahun 1. Bila dia Tahun 2 dan Tahun 3, mama tak pergi pun walaupun Anis ada menerima hadiah waktu tu. Alhamdulillah tahun ni Anis masih lagi mengekalkan kedudukan pertama di dalam kelasnya. And... kali ni mama pergi .... atas permintaaan Anis juga. Walaupun tak wajib untuk parents turut serta, tapi digalakkan datang.
Apart from mendapat tempat pertama di dalam kelas Tahun 4 Kenanga, Anis juga berjaya menerima hadiah untuk pelajar terbaik subjek Bahasa Inggeris (Tahun 4).


Gambar-gambar Anis dan Abang Long di Hari Anugerah Cemerlang SK Jalan 3. Anis terima hadiah tapi Abang Long cuma jadi penonton aje! :)



Wednesday, November 18, 2009

Me and Cupcakes


About 2 weeks ago... on 1 Nov 2009 I've attended cupcakes class yang dikendalikan oleh Pn. Ayu Yuliana. Pictures below are my 1st cupcakes yang berjaya dibuat semasa kelas tu....


Few days after that.... aku mencuba pulak this my new skill....

specially made for my friends @ my dept... MIS & ISDM Dept....


And.... gambar kat bawah ni pulak was my 1st order from a friend (Pn. Ziela) as a birthday present to her friend.


My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates