Saturday, May 30, 2009

Cuti Sekolah Bermula


Hari ni cuti sekolah pertengahan tahun bermula selama 2 minggu (30/5 - 14/6/2009)

Baru hari pertama cuti sekolah... dah kelam kabut anak2 di rumah. Mama tak tau nak cakap apa dah!

Semalam planned ngan anak saudara (Athira) nak bawak anak2 pegi Petrosains @ KLCC tapi tak jadi sebab Athira dah janji ngan kawan dia nak keluar tengok wayang. Ok... tak pe lar. Maybe next week lar kot.


Thursday, May 28, 2009

Sambutan Hari Guru


Esok, abang long & anis ada sambutan hari guru di sekolah. Seperti tahun2 sebelum ni... tugas mama memang kena pegi beli hadiah lar untuk cikgu2 depa. Anak-anak mama cuma nak bagi pada 2 atau 3 orang cikgu aje. So selepas waktu kerja petang tadi, mama pergi ke mid-valley shopping complex untuk mencari apa2 hadiah yang menarik. Ammar pun nak jugak bagi pada class teacher dia.

Lebih kurang 8.30mlm mama sampai rumah. Sampai aje di rumah, masing2 serbu mama nak tengok apa hadiah yang mama beli. Masing2 tak sabar nak tengok. :) Apalagi.... selepas tu aktiviti membalut hadiah lar pulak!

Wednesday, May 27, 2009

Kisah Ammar


Kisah: 'bin'

One day (few weeks ago), selepas mama balik kerja and duduk rehat sekejap... tiba2 ammar bersuara ...

Ammar: "Mama... nama ammar, Ammar Hafiy bin Abdul Ghaffar"

Mama: "Ya... pandai anak mama"

Ammar: "Tapi kenapa nama ammar ada 'bin'?"

Mama: "Nama abang long ngan baba pun ada 'bin' jugak macam ammar! Nama abang long... Azrul Hafiq 'bin' Abdul Ghaffar. Nama baba... Abdul Ghaffar 'bin' Abdul Rahman."

Ammar: "Tapi ammar tak nak ada 'tong sampah' kat nama ammar! (sambil merengek nak menangis)

Mama terkedu dengar. Then terus tergelak. Abang Long and kakak Anis yang ada sama ketika tu pun turut gelak mendengarkan jawapan dari ammar. To his knowledge 'bin' tu is 'tong sampah'. Which is true lar kan!

Terpaksa lar mama explained kat ammar apa dia 'bin'! Susah untuk dia terima. Then lastly mama terpaksa cakap nama ammar tak ada 'bin'. Nama dia is 'Ammar Hafiy Abdul Ghaffar' (without mentioned 'bin'). Baru dia puas hati dengar explaination mama.


Kisah: Myspace & E-Mail


Ammar: "Mama, Ammar nak myspace ngan e-mail"

Mama terkejut dengar lalu tanya dia semula "Hah! Ammar nak myspace ngan e-mail? Ammar tau ke apa tu myspace ngan e-mail? Ammar pandai ke guna?"

Ammar: "Ammar tau! Ammar pandai! Please.... please... please mama! Ammar nak myspace. Ammar nak e-mail!"

Lalu mama tanya lagi. "Kenapa ammar nak myspace ngan e-mail?"

Ammar: "Ammar nak main game Pet macam kakak anis ngan abang long!

Oooo padanlar dia sibuk nak myspace ngan e-mail. Sebab nak main game Pet. Kakak anis ngan abang long memang ada myspace. And nak login myspace tu kena guna e-mail address. kakak anis ngan abong long kerap login ke myspace untuk main game Pet.

Ni mesti abang long or kakak anis pernah mentioned kat ammar yang dia tak boleh main game Pet sebab dia tak de myspace ngan e-mail.

Adus.... macam2 hal lar pulak anak2 mama ni! Layannnn je lar kerenah depa!

Sunday, May 24, 2009

Exam Week Tamat


Alhamdulillah anak2 mama dah habis exam. Sekolah kebangsaan last paper on last tuesday (19/05/09). Sekolah agama pulak last paper on last friday (22/05/09). Sekolah agama anak2 mama kalau exam memang nearly 2 weeks. 1st week normally amali, 2nd week baru exam bertulis. Ammar 1 week aje (12-15 May 09)

Ada few subjects yang dah tahu keputusan. Kalau Anis... setakat mana subjek yang dah tahu almost all dapat A except Science subject for the first time dia dapat C. According to her... Science subject susah sangat. Ramai yang dalam kelas dia dapat D... just few je yang dapat C. Tak de seorang pun yang dapat A or B!

As for Abang Long pulak.... kalau ada yang dia dapat A alhamdulillah sangat. B pun dah cukup bagus untuk dia.

Apa-apa pun tunggu lar nanti masa amik result lepas buka sekolah nanti. Tunggguuu...

Seminggu aje lagi budak2 bersekolah. On 30/05/09 nanti cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula. Mama tak plan apa2 pun lagi aktiviti untuk anak2 mama during school holiday nanti.

Doa Untuk Anak-Anak


Salam to all...

Just nak share with you all this doa. Doa ni saya dapat semasa menghadiri kuliah zuhur during lunch time at my office. (tak ingat the exact date bila... kalau tak silap early this year!).

Menurut ustaz tu (minta maaf...nama ustaz pun tak ingat siapa! :D) doa ni elok diamalkan ketika:
  1. Bersama anak-anak
  2. Teringat anak-anak
  3. Ternampak kelibat anak-anak
  4. Melihat anak-anak
Kelebihan doa ini adalah supaya anak-anak kita menjadi seorang anak yang baik dan akhlak anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Menurut ustaz itu lagi, dalam keadaan dan zaman sekarang, kita tidak mahu anak2 kita terjerumus dan terpengaruh dengan anasir2 luar yang akan merosakkan akhlak anak2 kita. Beliau memberi contoh bagaimana sikap dan akhlak anak2 muda remaja di luar sana sekarang ni. Oleh itu beliau terpanggil untuk memberi dan mengajar kami doa di bawah supaya dapat kita amalkan bersama.

Alhamdulillah, menjelang habis kuliah, kami semua dapat menghafal doa tersebut. Marilah kita semua sama2 amalkan doa ini. Dan juga sentiasa memohon kepada Allah supaya anak2 dan keluarga sentiasa berada dalam Lindungan Allah s.w.t. Amin.




My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates