Tuesday, February 2, 2010

Cabutan Bertuah Freebies & Cheapies Store



Bersempena pembukaan online store FREEBIES & CHEAPIES STORE, tuan rumah menjemput rakan2 blogger menyertai CABUTAN BERTUAH yang dianjurkannya.

Caranya:
  • Jadi followers FREEBIES & CHEAPIES STORE.
  • Masukkan link FREEBIES & CHEAPIES STORE ke blog list anda selama cabutan bertuah ini berlangsung (dah abih nnt, bleh remove ye...)
  • Tempohnya bermula dari 1 FEBRUARI 2010 hingga 14 FEBRUARI 2010.
  • Tinggalkan url blog anda di SHOUT BOX (supaya mudah dikesan) atau bleh tinggalkan komen anda di sini....
  • 3 pemenang bertuah akan diumumkan pada 20 FEBRUARI 2010 yang mana cabutan akan dilakukan oleh 3 ahli keluarga saya.
For more details... click here.

Apabila tiada lagi cinta...


Recently, I've post these 2 entries: I Love You... dan Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga. Pada rakan2 yang ada datang mengunjungi my blog... I'm quite sure you've read those two entries. Apa yang daku ingin celotehkan disini adalah kesinambungan dari kedua-dua entries di atas.

Apa akan terjadi apabila perasaan SAYANG ada dalam diri terhadap seseorang telah bertukar menjadi BENCI? Memang benar.... tiada siapa pun yang mahukan perasaan sayang yang telah mula berputik dari awal sehinggalah dipupuk dan dijaga rapi sebegitu lama.... bertukar menjadi benci. Seboleh2nya kita mahu ia berkekalan hingga ke akhir hayat. Tapi in reality... memang ada yang berlaku.

(Source: http://elev8.com/files/2009/07/broken-heart.jpg)

Jika kebahagiaan yang dikecapi hasil dari kisah percintaan itu tidak berkekalan seperti yang diharapkan... atau dengan kata lain terputus ditengah jalan... janganlah kita jadikannya alasan untuk menerbitkan perasaan benci. Apabila tiada lagi cinta... biarkan ia menjadi pengalaman dan kenangan indah buat diri sendiri. Jangan lar terbitkan perasaan benci kerana ia akan membuatkan kita berdendam dan turut membinasakan diri sendiri kerana diri sendiri juga yang akan merana. We have a choice to be happy or suffer from it. Of course kita semua berhak untuk bahagia... so.... take it positively and live happily. Jadikan kebahagiaan yang kita cari dari percintaan yang terputus di tengah jalan itu sebagai titik permulaan untuk kita mengecapi kebahagiaan yang lebih baik di masa akan datang.....



**********

Bacalah artikel yang telah ditulis oleh Noraini abd Razak di dalam Mingguan Wanita 31 Januari 2010....
Apabila cinta tiada lagi...

**********

Memang benar... apabila perasaan cinta terbit di dalam diri seseorang..... diri akan hanyut dalam keindahannya. Bahkan kita sanggup membiarkan diri terseksa dan merana demi perasaan cinta itu yang lahir dari hati sendiri terhadap seseorang.

Tapi.... apa yang pasti.... sedalam mana pun cinta kita pada seseorang.... ia tidak akan kekal. Jika bukan disebabkan perpisahan akibat terputus di tengah jalan..... pasti kematian juga yang akan memisahkannya. Hanya CINTA kepada ALLAH SWT adalah cinta yang kekal abadi.....

Daku bersyukur kepada Allah swt kerana daku masih lagi dapat menghirup udara di sekeliling ku.... dan dengan izinNYA jua perasaan cinta dan sayang wujud didalam diriku ini untuk dicurahkan kepada suamiku, anak2ku, ahli keluargaku dan sahabat2 yang ku kasihi sekalian. Walaupun ia hanyalah bersifat sementara.... ku tetap bersyukur untuk menikmatinya demi melalui hari-hari kehidupanku yang membahagiakan..... We have the right to love and to be loved so that we can live happily....




Friday, January 29, 2010

Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga


Kasih Sayang Pengikat Rumahtangga
(Sumber: Agama | Mega | Utusan Malaysia | Jumaat 29 Januari 2010)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (Ar-Rum:21)

**********

Akhir-akhir ini kita sering digemparkan dengan kisah perceraian pasangan yang dikenali ramai sehingga menjadi bualan ramai dan tumpuan masyarakat. Sekali imbas kita tidak terlintas langsung pasangan tersebut akan memilih jalan untuk berpisah.

Ini kerana mereka sempurna dari segi keperluan asasi seperti mempunyai kerjaya, anak, rumah, kenderaan dan indah rupa paras. Namun apabila melibatkan persoalan hati dan perasaan maka segala kemewahan, kecantikan dan kedudukan sudah tidak bernilai lagi. Tiada apa yang dapat membantu apabila hilangnya tiang seri rumah tangga iaitu kasih sayang.

Kasih sayang diungkapkan dalam ayat ini adalah ikatan mengeratkan hubungan antara lelaki dengan wanita.

Allah swt menjadikan wanita sebagai pelengkap kebahagiaan lelaki dengan pancaran kasih sayang. Namum kasih sayang tidak mungkin lahir tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pada asasnya kasih sayang antara lelaki dengan wanita perlulah bertunjangkan agama iaitu sama-sama berharap menjadi insan bertaqwa melalui ikatan perkahwinan.

Namun sekiranya kasih sayang berasaskan paparan zahiriah sahaja seperti kedudukan, kemewahan dan kecantikan maka pasti rumahtangga yang dibina lambat-laun akan dilanda badai.

Justeru itu, kasih sayang yang dikurniakn oleh Allah swt kepada pasangan lelaki dan wanita perlu dipupuk dan disemai kerana hati dijadikan oleh Allah swt sentiasa berbolak-balik.

Hati dan perasaan yang sejahtera adalah kekuatan kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi kesukaran hidup lantaran ia adalah roh kebahagiaan rumahtangga.

**********

Kasih sayang antara suami isteri adalah tunjang kebahagiaan rumahtangga. Hilangnya kasih sayang maka rosak binasalah rumahtangga walau memiliki kemewahan semesta alam, ketampanan seindah Nabi Yusuf, kecantikan sejelita bidadari dan kekuasaan sehebat Nabi Sulaiman.

Semua nikmat dunia tidak memberi makna apabila tandusnya kasih sayang, longgarnya kesetiaan, pincangnya kepercayaan dan hilangnya kecintaaan antara suami isteri.


********************

Dear All.... let's watch and enjoy this song Kasih Sayang by Raihan.
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa penuh dengan kasih sayang...
Doa ku untuk kalian semua... semoga sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!




Tuesday, January 26, 2010

Punca Keguguran


While I was googling for "Punca Keguguran", I found this article and read thru.

".....kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif."

So.. bermakna kalau perempuan mengandung yang ada morning sickness lagi bagus lar! Hmm.... kalau morning sickness yang teruk..... adus... tak larat jugak nak layan. Sure lembik badan dibuatnya nanti.

I was confirmed pregnant last 2 months (to be exact on 23 December 2009... I went to see gynae and did my pregnancy test... and the answer was +ve! ~Happy~).... and sepanjang 2 bulan tu memang tak pernah mengalami sedikit pun rasa loya or muntah. Adakah itu petanda kandunganku terancam? Mungkin jugak ada kebenarannya.

Then I read thru this article...

"Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan."
"
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan."

Seminggu sebelum daku mengalami keguguran... memang daku kurang tidur and mungkin juga kurang rehat. And few days before that (on Sunday - 17 Jan 2010)... daku melakukan kerja-kerja rumah e.g: kemas rumah, mop lantai, cuci toilet, ironing baju2 sekolah anak2, dll. Then on Monday (18 Jan 2010) until Wednesday (20 Jan 2010), I went outstation i.e JB.
Last Thursday (21 Jan 2010), when I woke up in the morning, aku mula rasa something.... and bila masuk toilet.... Ya Allah! I was bleeding! I knew it... something was wrong with my kandungan. I have to go to see gynae that morning but... I need to go to the office first before I could go to hospital and see my gynae. In the afternoon baru aku berkesempatan keluar dari office... itu pun badan dah mula rasa seram sejuk and dah mula rasa kesakitan (tapi terpaksa bertahan!!).

Bila jumpa doctor, and buat scan.... confirmed kandunganku telah gugur. Innalillahiwainnailahirrajiun.... Sedih jugak bila doctor telah mengesahkannya.... but surprisingly I was not as sad as masa daku disahkan mengandung anggur (molar pregnancy) 2 years back. Tis time maybe I was prepared myself mentally. I told myself... jangan terlalu happy sehingga kandungan genap 3 bulan dan disahkan bukan mengandung anggur lagi.

Apa yang pasti.... bukan rezeki ku untuk menimang cahaya mata lagi untuk kali ini. Daku percaya mungkin ada hikmah di sebalik ketentuan Allah ini. Insyaallah... jika ada rezeki... pasti aku akan mengandung lagi.

Sekarang ni masa untuk ku berehat secukupnya sehingga 3 Feb 2010 nanti. Aktiviti bisnes ku juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu. (Read my announcement here!)




Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan


Tips Mencari Kebahagiaan Rumahtangga dan Kekayaan:
(Sumber: Mode | Mega | Utusan Malaysia | Selasa 26 Januari 2010 | ms: 9)
  • Jaga hubungan dengan Allah, sembahyang lima lima kali sehari atau lebih.
  • Apa sahaja ujian yang datang, kembali kepada-Nya.
  • Jaga hubungan dengan ibubapa bagi lelaki atau suami. Bagi wanita berkahwin, kunci kebahagiaan pada suami.
  • Mengetahui teknik pengurusan kewangan. Setiap bulan masukkan 10% pendapatan ke dalam tabung kebebasan kewangan.
  • Mencipta ibu duit iaitu membuka tabung akaun simpanan emas di institusi kewangan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Simpan duit syiling di dalam tabung yang nampak telus.
  • Beristighfar 100 kali sehari sekiranya menghadapi musibah.
  • Selawat 1,000 kali sehari dalam masa 10 hari untuk berhajat.
  • Hidup mesti ada matlamat dan jelas.

My Blog List

 

Copyright © 2008 Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez | Distributed by Deluxe Templates